Terengganu waspada ancaman Pahang [Video]

Video Prebiu Piala FA 2011

Terengganu vs Pahang
16 Mei 2011

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Kuala Terengganu

Separuh Akhir 2
..

JURULATIH Terengganu, Irfan Bakti masih belum mahu membuka senyuman sekalipun anak-anak buahnya berjaya membawa sedikit kelebihan selepas menang 3-2 ke atas Pahang pada aksi separuh akhir pertama Piala FA kelmarin.

Sebaliknya, Irfan mengakui keputusan ini hanyalah keputusan di atas kertas dan belum memberi sebarang makna kepada peluang skuad kendaliannya untuk melangkah ke final.

Pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin, tuan rumah berjaya mendahului dua gol selepas minit ke-53, namun Terengganu berjaya bangkit mencari tiga gol sekali gus mencatat kemenangan.

Bintang kebangsaan, Ashaari Shamsudin muncul wira skuad Penyu apabila dia meledak dua gol termasuk gol kemenangan pada minit ke-88.

“Saya tidak mahu pemain terlalu memikirkan sangat soal keputusan di Kuantan itu sebaliknya memberi tumpuan kepada aksi kedua Isnin ini,” katanya.

“Secara peribadi, saya akui kedua-dua pasukan masih mempunyai kelebihan dan tiada istilah ‘sebelah kaki ke final’ buat masa ini.”

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>