Perisai Komuniti 2011: Toure cabar rakan tewaskan MU

  • Piala Perisai Komuniti 2011
    Manchester United vs Manchester City
    Stadium Wembley, London
    7 Ogos 2011, 9.30 malam
    LIVE Star Sports (Ch 813)

MANCHESTER City perlu membenam Manchester United untuk membuktikan pasukan itu adalah calon yang wajar diberikan perhatian dalam persaingan Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012.

Demikian ditegaskan pemain midfield City, Yahya Toure.

Bintang City itu, yang sebelum ini pernah menyarung jersi Barcelona, tahu bagaimana hendak menundukkan United di Stadium Wembley.

Ini kerana beliau menjaring gol ke atas United dalam peringkat separuh akhir saingan Piala FA England dan kemudian menemui sasaran lagi apabila menyambar gol kemenangan ke atas Stoke City dalam pertandingan akhir.

Toure memberitahu: “Jika boleh, tentu sekali saya mahu menjaringkan gol ketiga di Stadium Wembley.

“Yang lebih penting bukan saya hendak menjaringkan gol tetapi mahu membuktikan kepada para penyokong kami dan sesiapa sahaja bahawa City sudah bersedia mencabar sebarang pertandingan musim ini.

“Kami juga ingin membuktikan kepada United bahawa kami sudah bersedia mencabar mereka.

“Kami akur persaingan dalam pertandingan Liga Perdana England musim akan datang akan menjadi lebih sengit. Sehubungan ini, City perlu terus meningkatkan tahap persembahannya.

“Tetapi saya yakin City mempunyai peluang baik musim ini. Kami sedia berjuang membuktikan bahawa City sudah bersedia berada di tangga pertama saingan ini nanti.

“Kami harus membuat kenyataan ini sejak dari awal musim ini. Saya yakin pasukan lain juga sedang memberikan perhatian kepada wajah baru pasukan Manchester City,” beliau menambah.

Toure, 28 tahun, gembira dengan graf kemajuan yang diperlihatkan City sejak pasukan itu menjulang piala yang pertama selepas 35 tahun.

City telah menjuarai Piala FA England pada Mei lalu dan kemudian menduduki tempat ketiga dalam saingan Liga Perdana England pada musim lalu.

Menurutnya, beliau gembira dapat berganding tenaga dengan pemain baru, Sergio Aguero, yang dijangka disertakan apabila City menentang United di Stadium Wembley Sabtu ini.

Toure pernah menentang Aguero semasa pemain antarabangsa Argentina itu menyarung jersi Atletico Madrid dalam saingan Liga Primera Sepanyol.

“City telah membeli beberapa pemain baru dan ada antara mereka adalah baik. Ada juga pemain musim lalu yang mula menunjukkan potensi mereka, seperti Edin Dzeko.

“Dengan City mendapatkan Aguero, itu bermakna kami akan terus menjadi pasukan yang lebih baik.

“Tidak syak, Aguero adalah pemain hebat. Beliau adalah pemain bijak dan ligat.

“Jika anda melihat senarai pemain yang membentuk skuad City, anda akan lihat kualiti dalam pasukan City bukan sahaja dalam kesebelasan utamanya bahkan dalam senarai pemain simpanannya,” tambah Toure.

Toure mendakwa musim lalu City boleh menjadi pasukan sebaik Barcelona. Bahkan, kini beliau masih mempertahan pandangannya itu.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, telah menyemarakkan perjuangan pasukan itu sehingga membenam United 3-1 dalam final Liga Juara-Juara Eropah.

“Kami telah membuktikan kami boleh mengalahkan pasukan terbaik dalam Liga Perdana England dan kini matlamat kami adalah mengalahkan pasukan terbaik Eropah pula,” demikian harapan Toure. — The Sun.

Related Posts

One Response to Perisai Komuniti 2011: Toure cabar rakan tewaskan MU

  1. Aku rase kalau Man City bgi players Selangor je main mlm ni pasti bleh kalahkn Man U..biar Amri Yahya jdi penyerang utama pasti bleh jaring 2-3 gol tdi..Kelantit jgn jeles..muehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>