Martin O’Neill letak jawatan pengurus Aston Villa

MARTIN O’Neill meletakkan jawatannya sebagai Pengurus Aston Villa semalam, lima hari sebelum bermulanya musim baru Liga Perdana England.

Pengurus berasal dari Ireland Utara berusia 58 tahun itu mengumumkan keputusannya dalam satu kenyataan bersama Ketua Eksekutif Aston Villa, Paul Faulknet menerusi laman web kelab itu (www.avfc.co.uk).

“Saya begitu seronok sepanjang bersama Aston Villa.Sebenarnya amat berat untuk saya meninggalkan kelab yang mengkagumkan ini,” kata O’Neill.

“Saya patut berterima kasih kepada para pemain Villa, kakitangan jurulatih saya dan penyokong Villa kerana memberi sokongan dan dorongan kepada kedua-dua pihak iaitu kelab dan diri saya sepanjang saya menjadi pengurus.”

Pengurus simpanan, Kevin MacDonald akan mengambil alih tugas mengendalikan kelab tersebut ketika perlawanan pembukaan musim menentang West Ham United, Sabtu ini.

O’Neill tidak memberikan sebab berhubung perletakan jawatannya tetapi pihak media membuat spekulasi ia mungkin berkaitan penjualan pemain tengah, James Milner dan Ashley Young.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>