DIMITAR Berbatov menjawab segala kritikan yang dilemparkan terhadapnya apabila mencipta hatrik untuk membantu Manchester United membenam Liverpool 3-2 dalam aksi di Old Trafford malam ini.

Selepas prestasi hambar minggu lalu, Red Devils bermula garang dan memaksa Pepe Reina sibuk memastikan kubunya terus terselamat.

Berbatov menjaringkan gol pertamanya dua minit sebelum separuh masa pertama berakhir dan menambah satu gol lagi selepas 15 minit permainan bersambung.

Namun kegirangan United tidak bertahan lama, permainan bertambah rancak dan mendebarkan sebaik Liverpool merapatkan jurang menerusi gol penalti yang disempurnakan kapten pasukan, Steven Gerrard.

Beberapa minit kemudian, Gerrard menjadikan 2-2 apabila sepakan percumanya menggegarkan gawang yang dikawal Edwin van der Sar.

Kedua-dua gol ini berpunca daripada gerakan Fernando Torres yang dikasari pertahanan lawan.

Walaupun penyokong tuan rumah semakin resah dengan prestasi pemain di atas padang, Berbatov muncul wira pasukannya apabila menanduk masuk hantaran lintang daripada Nani, enam minit sebelum masa sebenar tamat.




coded by nessus

Main topics: Liga Perdana Inggeris

Sub topics: , , , , ,


Readers Comments (0)