Rodgers tak bimbang prestasi Suarez
Liverpool 1-0 Reading
Pengendali Liverpool, Brendan Rodgers menegaskan dia tidak bimbang dengan ketumpulan Luis Suarez di depan gawang selepas penyerang Uruguay itu sekali lagi kemarau gol ketika kemenangan 1-0 ke atas Reading.
Suarez meledak tujuh gol musim ini termasuk hatrik ketika kemenangan 5-2 ke atas Norwich bulan lalu tetapi turut dipersalahkan kerana tindakan penyudah yang tumpul pada beberapa perlawanan.
Pemain 25 tahun itu terlepas berapa peluang keemasan ketika menentang Reading kelmarin, yang berakhir dengan kemenangan pertama Liverpool di laman sendiri musim ini dalam suasana mendebarkan.
Selain kemenangan besar di Carrow Road, skuad kendalian Rodgers hanya sekali saja mampu meledak lebih daripada satu gol dalam lapan perlawanan liga setakat ini.
Pilihan barisan depan pengendali Liverpool itu dihadkan oleh kegagalan kelab berkenaan mengisi kekosongan ditinggalkan Andy Carroll yang menyertai West Ham secara pinjaman sepanjang musim ini.
Tetapi Rodgers menuntut pemain lain menyerap tekanan ke atas Suarez yang meledak 20 gol dalam 52 penampilan liga untuk Reds sejak berpindah dari Ajax Januari tahun lalu.
Dia juga menjaringkan gol. Dia tidak sempurna tetapi dia membawa pulangan hebat jika anda lihat statistik pemain itu di Ajax dan sejak dia tiba di sini, kata Rodgers ketika ditanya berkenaan peluang-peluang disia-siakan Suarez.
Raheem Sterling menjaringkan gol tunggal pada babak pertama untuk kemenangan pertama Rodgers sejak menggantikan Kenny Dalglish pada musim panas.
Luahan Perasaan