ARSENE Wenger mengakui Arsenal mungkin akan mengalami gangguan psikologi selepas mencatat keputusan dahsyat ekoran seri 4-4 dengan Newcastle biarpun mendahului 4-0 pada separuh masa pertama di St James Park kelmarin.
Skuad bimbingan Wenger itu menguasai keseluruhan permainan selepas 26 minit beraksi apabila memperoleh dua gol menerusi Robin van Persie, dan satu daripada Theo Walcott serta Johan Djourou.
Bagaimanapun penyingkiran pemain tengah, Abou Diaby pada separuh masa kedua menyebabkan kekuatan kedua-dua pasukan kembali seimbang. Newcastle berjaya meraih empat gol penyamaan untuk berkongsi satu mata menerusi dua sepakan penalti Joey Barton dan dua gol dari Leon Best serta Cheik Tiote.
Arsenal bagaimanapun bernasib baik tidak ditinggalkan terlalu jauh oleh Manchester United dalam kedudukan liga, selepas pendahulu itu mengalami kekalahan mengejut 2-1 kepada Wolves. United kini mengatasi Gunners dengan kelebihan empat mata.
“Dari segi psikologi, kehilangan dua mata seperti ini membawa kersoakan. Saya tidak boleh gambarkan betapa marahnya saya selepas perlawanan itu.
“Kerosakan itu menjadi lebih parah kerana semua orang di bilik persalinan amat kecewa, namun aksi di masa akan datang bakal menceritakan segalanya.
“Ia sangat mengecewakan kerana kami mempunyai peluang terbaik meraih tiga mata tetapi kami sedar bahawa perlawanan tersebut tidak akan berakhir dengan kemenangan 4-0 kerana Newcastle terus memberi saingan,” kata Wenger.
Bagaimanapun ia amat mustahil untuk Newcastle bangkit jika Arsenal tidak beraksi dengan 10 pemain, dan insiden pembuangan Diaby menjadi tumpuan utama sepanjang perlawanan kelmarin.
Diaby bertindak balas di atas kekasaran yang dilakukan oleh Barton dengan menolak pemain tersebut sehingga jatuh.
“Ia adalah layangan kad merah yang malang dan Joey Barton begitu bernasib baik kerana dibenarkan beraksi walaupun melakukan terjahan keras.
“Diaby telah beraksi dengan baik tetapi dia hilang sabar kerana sering dikasari. Terjahan itu membangkitkan kemarahannya,” kata Wenger.
Bagaimanapun pengurus Newcastle, Alan Pardew mempunyai pandangan yang berbeza dan memuji Barton.
Related posts
- Liga Juara: Arsenal tewas, tempuh laluan sukar untuk mara
- EPL: Arsenal tumpaskan Everton 2-1
- Arsenal atasi Blackburn 2-1
- Nilai Juan Mata RM115 juta
- Khairul Fahmi pilihan utama hadapi Arsenal
- Gervinho sertai Arsenal
- Prebiu Arsenal vs Blackpool
- Late Tomas Rosicky goal gives point for Gunners
- Piala Carling: Arsenal singkir Tottenham
- Wenger kekal optimis juara EPL
Main topics: Liga Perdana Inggeris
Sub topics: Arsenal, Arsenal vs Newcastle, Berita EPL, EPL 2010/2011, Liga Perdana Inggeris, Newcastle