Mancini layan saya seperti anjing: Carlos Tevez
CARLOS Tevez mendakwa Pengurus Manchester City, Roberto Mancini melayannya “seperti anjing” dalam insiden yang menyebabkan penyerang Argentina itu meninggalkan daripada pasukannya yang kini mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL).
Tevez berkata, Mancini adalah seorang yang bengis dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadapnya ketika tewas kepada Bayern Munich dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Liga Juara-Juara Eropah, September lalu.
Ia berikutan keengganan Tevez untuk bersiap sedia dari bangku simpanan.
Susulan kejadian itu, Tevez tidak beraksi untuk City sejak 27 September, tetapi kembali ke kelabnya hari ini sebagai usaha memulihkan karier beliau selepas digantung lebih tiga bulan.
“Saya dalam keadaan yang tidak baik dan selepas dia menurunkan De Jong dan menyimpan Dzeko dan kami sedang ketinggalan 2-0.. saya fikir itu adalah penggantian pemain pertahanan.. jadi saya membuat keputusan untuk duduk semula.
“Saya sudah memanaskan badan selama 10 minit tetapi dia mempunyai sikap di mana dia ingin tewas 2-0 daripada tewas 4-0.
“Jadi saya duduk dan di masa yang sama Dzeko digantikan.. namun Dzeko marah terhadap Mancini. Dia kemudian lihat terowong stadium telah ditutup jadi dia terpaksa duduk di sebelahnya dan mereka mula bertengkar.
“Dzeko bercakap dalam bahasa Bosnia dan Mancini makinya dalam bahasa Itali.
“Jadi saya pergi dan duduk dan dia tidak nampak saya kerana dia sedang berbincang dengan Dzeko. Selepas itu dia pusing dan nampak saya dan anda boleh bayangkan apa terjadi.
“Beliau dalam mood pertengkaran jadi dia mengarahkan saya untuk terus memanaskan badan dan melayan saya seperti anjing.
“Jadi apabila dia bercakap dengan saya dalam nada suara seperti itu, saya cakap ‘Tidak, saya tak mahu bermain’. Tetapi saya memang mahu beraksi, namun jurulatih dalam keadaan yang tidak baik kerana telah bertengkar dengan Dzeko.
“Dia mula memaki dan menyumpah saya, itu semua masalah dia kerana saya sentiasa tenang. Saya hanya duduk di bangku dan anda boleh lihat saya tenang dan hanya bercakap dengan Zabaleta.”
Kelihatannya di beberapa tahap bulan lepas bahawa terdapat minat terhadap Tevez dari kelab seperti Inter Milan, AC Milan dan PSG tetapi tiada kemajuan memandangkan dia kini kekal di Manchester City.
Sementara itu, Mancini menyatakan kesediaan untuk berdamai dengan Tevez selepas bekas penyerang Manchester United itu memohon maaf kepada pengurusnya.
Luahan Perasaan