Tevez musnah rekod tanpa kalah Chelsea
MANCHESTER City mencalarkan rekod tanpa kalah Chelsea dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris apabila berjaya memungut tiga mata di hadapan penyokong sendiri menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas juara bertahan itu.
Carlos Tevez muncul wira City apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-59 memastikan kemenangan berharga buat pasukannya.
Penyerang Argentina itu menerima hantaran dari kawasan sendiri lalu melakukan larian solo sebelum rembatan rendahnya melepasi celah kaki Ashley Cole untuk menewaskan Petr Cech.
Chelsea turun dengan keyakinan tinggi sebelum perlawanan dengan rekod menang semua lima perlawanan dalam kempen musim ini dan menjaringkan 21 gol, hanya melepaskan satu gol untuk berada empat mata berbanding pencabarnya di persada liga.
The Blues berdepan cabaran sebenar menghadapi barisan tuan rumah yang teratur. Peluang terbaik Chelsea hadir pada separuh masa pertama yang menyaksikan tandukan Branislav Ivanovic menggegar palang gol.
Kekalahan itu bagaimanapun tidak menggugat kedudukan Chelsea di tangga teratas liga dan masih selesa mendahului empat mata sebelum Arsenal dan Manchester United turun beraksi hari ini dan esok.
Pingback: Manchester City lebur rekod tanpa kalah Chelsea | Sokernet.com | Portal Berita Bola Sepak
October 1, 2010 - 4:24 pm
Mana sudah ronldo ni,kan bgs lau dia d mu
October 2, 2010 - 9:17 pm
chelsea akan bangkit!
November 8, 2010 - 7:26 pm
xsempat bangkit,dah jatuh semula…
kecundang 2-0 ditangan liverpool