Poland, Greece buka tirai Euro 2012


Poland vs Greece

Poland vs Greece
11.55 mlm, 8 Jun 2012
Siaran Langsung TV3, Astro

POLAND berjanji untuk menampilkan aksi terbaik pada perlawanan pembukaan Kejohanan Bola Sepak Eropah 2012 atau EURO 2012 menentang Greece tengah malam ini.

Selain membuktikan kehebatannya selaku penganjur Euro 2012 bersama Ukraine, Poland turut berazam untuk menghiburkan kira-kira 55,000 penyokong yang hadir di Stadium Nasional, Warsaw.

Poland dan Greece sedar kemenangan pertama sangat penting dalam misi memburu slot ke peringkat kalah mati selepas diundi bersama Rusia dan Republik Czech dalam Kumpulan A.

Untuk rekod, Poland tewas pada perlawanan pembukaan dalam tiga kejohanan utama yang disertai iaitu pada kempen Piala Dunia 2002 dan 2006 serta Euro 2008.

Kekalahan kepada Greece tengah malam ini bakal mengundang padah buat skuad kendalian Franciszek Smuda itu.

“Kami sangat memerlukan keputusan yang positif pada perlawanan pertama kerana ia akan meletakkan kami di landasan yang tepat dan memberikan keyakinan yang tinggi,” kata pemain tengah Poland, Ludovic Obraniak.

Poland meletakkan sandaran kepada trio pemain yang beraksi bersama juara Liga Jerman musim ini, Borussia Dortmund iaitu Robert Lewandowski, Jakub Blaszczykowski dan Lukasz Piszczek.

Impian Poland untuk melepasi saingan di peringkat kumpulan bergantung kepada kehebatan pemain-pemain ini.

Lewandowski yang menjaringkan 22 gol daripada 34 perlawanan bersama Dortmund musim ini akan mengemudi jentera serangan Poland.

Kapten, Blaszczykowski menjadi ‘arkitek’ yang merencana bahagian tengah manakala Piszczek mengetuai benteng pertahanan pasukan itu.

Bagaimanapun, Smuda bakal menjadi tumpuan selepas beliau berjaya membentuk sebuah pasukan yang mantap terutamanya selepas seri dengan Jerman, Mexico dan Portugal pada aksi persahabatan antarabangsa baru-baru ini.

Related Posts

One Response to Poland, Greece buka tirai Euro 2012

  1. Nampak nya berkesudahan seri…tilikan si gajah awal2 dah salah..he3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>