Chelsea masih ada peluang

Chelsea 2-0 Manchester City

CHELSEA memintas Manchester City di posisi ketiga apabila gol lewat David Luiz menjadi inspirasi kemenangan 2-0 ke atas pasukan itu.

Luiz membenam City 12 minit sebelum permainan berakhir di Stamford Bridge dan Ramires kemudian menambah duka City dengan meledak gol kedua pada masa kecederaan untuk membantu pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu mengatasi lawan mereka dengan satu mata.

Kemenangan itu membolehkan The Blues kini merapatkan jurang dengan pendahulu, Manchester United dengan perbezaan sembilan mata.

City terpaksa melupakan khidmat kapten pasukan, Carlos Tevez yang mengalami kecederaan pangkal peha pada saat akhir.

Skuad kendalian Roberto Mancini itu beberapa kali berjaya mencemaskan gawang tuan rumah menerusi kelicikan Yaya Toure pada awal permainan.

Bagaimanapun, percaturan Chelsea menggantikan Fernando Torres dengan Didier Drogba membuahkan hasil apabila penyerang Ivory Coast itu melencongkan bola yang bijak disudahkan David Luiz.

Ramires kemudian membuat gerakan solo memperdaya tiga pertahanan sebelum menewaskan Joe Hart.

Terlebih dahulu, Liverpool melupakan kedukaan kempen Liga Europa apabila menundukkan Sunderland 2-0 hasil sumbangan Dirk Kuyt dan Luiz Suarez.

Arena.MY

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>