Calos Tevez mohon maaf cetus kontroversi


Carlos Tevez vs Roberto Mancini | zimbio.com

CARLOS Tevez akhirnya memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan yang dilakukannnya selama ini.

Penyerang Manchester City itu mencetuskan kontroversi selepas enggan menjalani sesi pemanas badan dalam satu aksi Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich tahun lalu.

Tevez yang pulang ke Argentina tanpa kebenaran City selama tiga bulan telah didenda hampir £10 juta (RM47 juta) tetapi mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak (FA) England terhadap denda £1.2 juta (RM5 juta) yang dikemukakan City.

Bekas kapten City yang kembali ke Manchester pada minggu lalu, mengeluarkan kenyataan untuk meminta maaf di atas kesilapan yang telah dilakukannya.

Bagaimanapun, Tevez tidak menyebut nama pengurus, Roberto Mancini yang mendorong dia meninggalkan kelab itu untuk pulang ke tanah airnya.

“Saya ingin memohon maaf secara ikhlas dan terus terang kepada semua orang. Saya berasa kecewa dengan tindakan saya sejak beberapa bulan lalu kerana ia telah menimbulkan banyak masalah.

“Impian saya adalah untuk memberikan tumpuan pada aksi bola sepak bersama kelab.”

Tevez dilaporkan telah berjumpa dengan pentadbir kelab bola sepak City, Brian Marwood di padang latihan dan bersetuju untuk memohon maaf.

Begitupun, Mancini tidak hadir pada mesyuarat itu tetapi telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan beliau bersetuju untuk memaafkan Tevez.

Tindakan drastik Tevez itu bakal mencerahkan peluangnya untuk kembali beraksi dalam skuad City. — Kosmo

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>