West Ham tewaskan Liverpool 3-1

KEGHAIRAHAN Liverpool di bawah kendalian Kenny Dalglish tidak berkekalan apabila mereka kembali mencatat kekalahan memalukan malam tadi.

Tidak sampai sebulan Dalglish dilantik menggantikan Roy Hodgson, tanda-tanda kejatuhan hadir semula menghantui Liverpool apabila tewas 1-3 kepada West Ham United.

Walaupun menurunkan kesebelasan terbaik kecuali Andy Carroll yang masih cedera, ia langsung tidak membantu The Reds mempamerkan aksi seperti yang diharapkan pada aksi Liga Perdana Inggeris di Upton Park itu.

Sebaliknya, West Ham yang tidak diletakkan harapan langsung untuk melakar kemenangan di hadapan penyokong sendiri dilihat lebih menonjol mendominasi permainan.

Hasilnya, West Ham yang menghuni tangga tercorot liga sebelum perlawanan itu, berjaya meledak tiga gol menerusi Scott Parker pada minit ke-22, Demba Ba (45) dan Carlton Cole ketika perlawanan memasuki masa kecederaan.

Gol sagu hati Liverpool pula dijaringkan oleh pemain pertahanan, Glenn Johnson pada minit ke-84.

Langkah Dalglish menurunkan Luis Suarez di bahagian serangan untuk bergandingan dengan Steven Gerrard, Dirk Kuyt dan Raul Meireles ternyata gagal memberi impak besar apabila gagal menembusi kubu tuan rumah.

Biarpun sudah berbelanja besar, pembelian Suarez dan Carroll tidak banyak mengubah kedudukan Liverpool yang kekal menghuni tangga keenam liga selepas beraksi 28 perlawanan.

Kekalahan kepada West Ham semalam merupakan yang pertama buat Dalglish sejak memegang jawatan pengurus awal Februari lalu.

Sebelum ini, mereka berjaya mencatat empat kemenangan dan dua kali seri dalam enam perlawanan terbaru.

Selain menewaskan Chelsea 1-0, Liverpool juga menang 2-0 ke atas Stoke City, Fulham (1-0) dan Wolverhampton Wanderers (3-0).

Keputusan seri pula ketika bertemu Everton (2-2) dan Wigan (1-1) minggu lalu.

Related Posts

One Response to West Ham tewaskan Liverpool 3-1

  1. pe nie the reds????…maen tu elok2 r….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>