Arsenal atasi Blackburn 2-1

Blackburn gagal menyekat Arsenal dari mengutip mata penuh di Ewood Park.

THEO Walcott sekali lagi beraksi cemerlang untuk membantu Arsenal mengutip mata penuh selepas menewaskan Blackburn 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Ewood Park malam ini.

Selepas melakukan hatrik dalam perlawanan menentang Blackpool minggu lalu, Walcott membuktikan dia patut diberi peluang untuk menyarung jersi England selepas dipinggirkan oleh Fabio Capello pada kempen Piala Dunia 2010 lalu.

Walcott membuka tirai jaringan buat The Gunners pada minit ke-20 sebelum pasukan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mame Biram Diouf tujuh minit kemudian.

Namun jaringan Andrei Arshavin pada minit ke-51 melenyapkan harapan Blackburn untuk sekurang-kurangnya memungut satu mata di gelanggang sendiri.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>