Video: Blackburn 4-3 Arsenal [EPL 2011/2012]
Liga Perdana Inggeris 2011/2012
Video Blackburn vs Arsenal
17 September 2011
Arsenal meneruskan permulaan buruk apabila mencatatkan kekalahan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada pasukan tercorot, Blackburn 3-4 di Ewood Park, semalam.
Biarpun mendahului 2-1 pada babak pertama, pertahanan Arsenal bagaikan hilang punca pada babak kedua dengan dua jaringan sendiri Alex Song dan Laurent Koscielny.
Sebaliknya, pengurus Blackburn, Steve Kean lega dengan kemenangan pertama pasukannya.
Pada aksi semalam, Gunners mendahului menerusi sepakan cantik Gervinho yang memperdayakan Paul Robinson pada minit ke-10, selepas menerima umpanan daripada Song.
- Video Blackburn vs Arsenal
Namun Blackburn menyamakan kedudukan menerusi Yakubu Aiyegbeni pada minit ke-25.
Mikel Arteta meletakkan Arsenal kembali mendahului pada minit ke-34 melalui gerakan bijak Aaron Ramsey, yang melorongkan bola ke kawasan tengah dan disudahkan oleh pemain dari Sepanyol itu.
Blackburn bangkit pada babak kedua bermula bermula dengan tandukan Christopher Samba, yang terkena Song untuk bola menerjah gawang Arsenal lima minit permainan bersambung.
Yakubu sekali lagi menjadi pemusnah Arsenal apabila meletakkan Blackburn mendahului pada minit ke-59.
Arsenal bertambah malang selepas Koscielny tertampan bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-68, ketika cuba mengeluarkan bola lintang Martin Olsson dan meletakkan Blackburn dalam kedudukan semakin selesa.
Marouane Chamakh yang dimasukkan Arsene Wenger berjaya merapatkan jurang kepada 4-3 pada lima minit terakhir perlawanan.
Luahan Perasaan