CARLO Ancelotti menjelaskan bahawa Chelsea masih lagi memegang status pendahulu Liga Perdana Inggeris meskipun diikat tanpa jaringan oleh Aston Villa kelmarin.

The Blues gagal menggunakan beberapa peluang yang terhidang ketika berdepan anak-anak buah Gerard Houllier itu di Villa Park.

Begitupun Ancelotti menegaskan, beliau tidak berasa terkilan setelah kehilangan dua mata berharga tersebut.

“Saya tidak begitu kecewa kerana Chelsea gagal mendahului pasukan lain dengan tujuh mata dalam liga,” kata Ancelotti.

“Tahun lepas kami kalah di sini. Ini adalah suatu keputusan yang baik pada peringkat ini dan memiliki lima mata selesa ke atas pencabar lain, ia sudah cukup bagus.

“Kami tidak bermula dengan baik dan memberi Villa beberapa peluang terbaik menjaringkan gol tetapi pada babak kedua kami bermain sangat baik.

“Kami telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan gol.

“Dengan cara kami bermain pada babak kedua, kami sepatutnya berhak memperoleh kemenangan. Tetapi Villa juga bermain dengan baik pada babak pertama, jadi seri adalah keputusan yang adil.”

Dengan ketiadaan Didier Drogba yang cedera, tugas memburu gol digalas oleh Nicolas Anelka.

Begitupun, penyerang Perancis itu gagal menggegar jaring termasuk terlepas peluang keemasan pada minit terakhir.

Ancelotti menambah: “Saya tidak mahu memberi komen mengenai pemain yang cedera kerana pemain hari ini menjalankan tugas dengan baik.”




coded by nessus

Main topics: Liga Perdana Inggeris

Sub topics: , , , , ,


Readers Comments (0)