Jerman tewas 3-4 kepada Amerika
Friendly: Amerika 4-3 Jerman
Setelah menewaskan Ecuador, Jerman tumpas 4-3 kepada Amerika Syarikat pada perlawanan persahabatan antarabangsa Ahad malam.
Beraksi di Robert F. Kennedy Stadium, Jerman turun tanpa tonggak-tonggak utama dan menurunkan pemain-pemain muda yang dikombinasikan dengan pemain berpengalaman.
Die Nationalmannschaft tampil kurang memuaskan sehinga ketinggalan 1-4 kepada Amerika sebelum merapatkan jarak dengan jaringan dua gol lewat perlawanan.
Amerika terus mengasak sejurus perlawanan dimulakan. Josy Altidore mara ke kotak penalti dan dihalang oleh Per Mertesacker sebelum melepaskan tendangan.
Amerika mendahului 1-0 pada minit ke-13 hasil tendangan voli Altidore merobek gawang Jerman setelah memanfaatkan hantaran lintang Graham Zusi.
Tiga minit kemudian penjaga gol Jerman Marc-Andre Ter Stegen menyebabkan Jerman ketinggalan 0-2 setelah gagal menahan bola hantaran dari Jannsen.
Pemain pengganti, Heiko Westermann menjaringkan gol pertama untuk Jerman selepas tandukannya hasil hantaran Max Kruse berjaya membolosi gawang Amerika.
Masuk minit ke-60, Amerika terus merobek gawang Jerman apabila Clint Dempsey melakukan rembatan melepasi Ter Stegen.
Empat minit kemudian Dempsey berjaya menyumbat gol keempat untuk Amerika.
Jerman tidak putus asa dan pada minit ke-79, Kruse cuba merapatkan jurang dengan menjaringkan gol kedua untuk Jerman.
Dua minit kemudian, Draxler mengubah kedudukan menjadi 3-4 selepas merembat bola hantaran Sydney.
Luahan Perasaan