Liverpool aibkan Chelsea di Stamford Bridge
LIVERPOOL menjadi pasukan kedua selepas Sunderland mengaibkan Chelsea di Stamford Bridge selepas menang 1-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Kemenangan itu sekali gus melonjakkan Liverpool di tempat keenam liga dan menghidupkan sisa peluang untuk bersaing pada kejohanan Eropah musim depan selepas terumbamg-ambing musim ini.
Kekalahan Chelsea pula menyaksikan usaha menyaingi Manchester United di tangga teratas kian sukar dengan dipisahkan 10 mata.
Gol tunggal Liverpool dijaringkan oleh Raul Meireles pada minit ke-69 hasil hantaran lintang Stevan Gerard.
Manchester United yang ditewaskan oleh kelab terbawah Wolverhampton Wanderers, kelmarin, mendahului kedudukan dengan 54 mata diikuti Arsenal yang melepaskan pendahuluan 4-0 untuk seri 4-4 dalam satu perlawanan hebat di Newcastle United, dengan 50 mata.
Luahan Perasaan