Siapa pula mangsa statut kuno FAM seterusnya..?
Oleh Haresh Deol
Digantung 30 bulan. Itulah yang diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin FAM.
Ada segelintir yang tersenyum dengan keputusan tersebut. Ada pula yang merasakan ianya terlalu berat.
Artikel 88 menyebut;
Kecuali bagi siaran biasa kepada akhbar oleh Presiden atau Setiausaha Agung, tiada Pegawai, jurulatih FAM atau pengadil atau mana-mana Ahli atau pemain berdaftar atau pemain yang diambil bermain dengan mana-mana Ahli, melainkan diizinkan oleh Kongres, boleh menyumbangkan apa-apa rencana tentang pengurusan hal ehwal FAM, meluahkan kilanan, sama ada diandaikan ataupun sebenar atau hak, kritikan yang bersifat permusuhan terhadap FAM (Ahli).
Jawatankuasa Disiplin, yang diketuai Taufik Abdul Razak, mendapati Annuar Musa bersalah bagi pertuduhan
- kenyataan akhbar yang dikeluarkan sama ada di surat khabar atau televisyen.
- melanggar titah Tengku Abdullah pada Feb 4 untuk tidak lagi membuat sebarang kenyataan.
Taufik memberitahu wartawan bahawa pihak seketeriat FAM yang membuat laporan terhadap kenyataan Annuar Musa. Walau bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM Azzudin Ahmad dan staf seketeriat yang lain tidak dipanggil ke perbicaraan tersebut.
Apa yang menarik ialah apabila pegawai-pegawai di FAM lebih sibuk dengan hal-ehwal persatuan negeri masing-masing dan lebih gemar berpolitik, tiada seorang pun yang sedar betapa kunonya Statut FAM.
Inilah Statut yang membenarkan setiausaha persatuan negeri menjadi pengerusi jawatankuasa pertandingan. Bukankah ia ‘conflict of interest’?
Inilah Statut yang mengatakan bahawa jika keputusan minima diberikan kepada yang bersalah, si pesalah tidak boleh membuat rayuan. Adakah ianya adil?
Dan inilah Statut yang membenarkan hanya presiden dan/atau setiausaha agung membuat kritikan (sama ada membina ataupun tidak) terhadap FAM atau pasukan negara. Jadi pegawai yang lain kayu atau boneka?
Ahli-ahli Kongres mempunyai peluang untuk memperbaiki Statut. Bagi mereka yang berlatar-belakang undang-undang ada pepatah yang menyebut – a bad law is still law.
Akan tetapi adakah ahli Kongres akan membuat sesuatu atau mendiamkan diri seperti biasa?
Hari ini Annuar Musa menjadi ‘mangsa’ statut FAM, esok pula giliran siapa?
Baca laporan penuh Mailsport disini.
p/s: Tapi jangan kita lupa perlakuan Annuar Musa di Facebook. Anda nilaikan baik atau buruk perlakuannya di laman sosial tersebut. Sila rujuk artikel lama saya disini.
HD kata: No freedom of speech - not in FAM at least.
FAM Gantung TS Annuar Musa 2 Tahun 6 Bulan
TS Annuar Musa digantung 2 tahun 6 bulan
April 5, 2012 - 10:36 pm
wartawan pengampu bodek Dan tukang kipas pun ramai.ye lah mana tahu kot2 dapat anugerah dato dari sultan pahang.mereka inilah antara penyumbang terbesar ke arah kemerosotan pasukan negara.
April 5, 2012 - 11:10 pm
Besar sangat ke isu komen tu smapai 2 thun banned.Dia timbalan tapi nampak SETIAUSAHA tu lebih berkuasa drpada Presiden n Timbalan.Mentang-mentanglah dalam perlembagaan ada sebut Prsiden dan SU saje boleh komen,besar la kepala dia buat laporan sana sini.Dia turun ke padang ke ?HARAP PAKAI BJU BERTALI LEHER 24 JAM .SU PEROSAK BOLA NEGARA.BAIK TGK EPL.DAMN FAM.
April 5, 2012 - 11:07 pm
Sistem kita yang membenarkan sultan2 jadi presiden2 persatuan sukan itulah yang silap. Spatutnya presiden ialah org yg paling layak, terbukti berkebolehan dan berwawasan jauh. Bukannya atas sbb dia tu sultan boleh jd presiden. Sbb kita xda undang yg sdemikian yg mnyebabkn sultan2 yg brnafsu besar nk tunjuk kuasa terus menerus jd presiden walaupun ranking dh jatuh gila babi.
April 5, 2012 - 11:14 pm
Sudah veteran sangat.Bila ditegur kata derhaka pulak.Tu yang payah.Siap bagi komen awal2 kata TSAM patut dihukum keras,tentula JK Tertib ikut arahan.Kalau tak ,ilang jawatan pula.Semua politik.Ampu dan giler kuasa.Main bola tendang pun tak kena kut.
April 5, 2012 - 11:21 pm
Woi sultan bangang, kau balik jengah tengok negeri kau la. Wat pe lg nk jd presiden kalau dr perlis smpai ke sabah dok maki kau siang malam. Kau tu xda kbolehan tau tak? Kau tak sedar diri lg ke?
April 6, 2012 - 2:36 pm
mana ada org senang2 ltk jawatan kt malaysia ni. kita ni ibarat pepatah mcm ‘anjing salak bukit”. bg puak2 tu, mutu bola sepak negara nk jatuh ke, nk tunggang terbalik ke, ranking jatuh ke, jwtn tu ttp dipegang. mana ada org berani pecat lo…
April 6, 2012 - 3:52 pm
Undilah man laksa jd timbalan presiden fam
April 6, 2012 - 9:42 pm
NAMA-NAMA GILER KUASA:
SHAHIDAN KOAM,KARIM KOAM,PSM PRSIDEN,RAJA LANUN FAM,ZUDIN TK HENSEM FAM
April 7, 2012 - 10:35 pm
Ini FAM..Saya yang punyer lah….apa awak sibuk2….saya mau bawa kelubang kubur ler..
April 8, 2012 - 4:53 pm
nak bawak pangkat, darjat sampai mati ler tu…
April 8, 2012 - 11:47 pm
power
April 8, 2012 - 11:52 pm
Sultan lebih rela dibenci rakyat daripada melepas jawatan presiden.
Caci maki sultan dah tak kisah lagi
April 11, 2012 - 8:08 pm
adakah SU lbh bsr drp jawatan Timb. Presiden????….baik FAM hanya ada Preseiden n SU jer dlm organisasi kerana yg x blh bersuara cuma jd pok ke angguk jer…di manakah kedudukan Harimau Malaya sekarang….adakah lbh baik dr Thailand, Indonesia, Singapura dll……..
April 15, 2012 - 6:09 pm
TSAM tu bodoh si mulut cepupar..nak tunjuk dia tu lebih besar dlm FAm smpai buat kenyataan media, kriik tu boleh tp biarla dlm kongres FAM. Sbb TSAM tu dikira ‘pekerja’ FAM, yg ko g kutuk skuad negara tu apasal? bongok!
January 19, 2013 - 10:03 am
hidup FAM .. mati bolasepak negara