Tottenham yakin mampu lepasi peringkat kumpulan

KAMI tidak gentar berdepan dengan siapa saja,” kata Harry Redknapp ketika pengurus Tottenham Hotspur, buat kali pertama membawa kelab terbabit bersaing dalam kancah Liga Juara-Juara dan diundi dalam Kumpulan A yang turut dihuni juara bertahan, Inter Milan.

Redknapp yang pasukannya turut akan berdepan dengan kelab Jerman, Werder Bremen dan FC Tente dari Belanda berkata, dia yakin Spurs mampu melepasi saingan Kumpulan A dan mara ke peringkat kalah mati.

“Adakah kami takut berdepan dengan Inter? Cemas bermain di Stadium San Siro? Adakah pemain kami takut. Jawapannya, tidak, tidak sama sekali. Kami akan melayan mereka dengan hormat kerana tiada siapa yang layak ke saingan ini kecuali mereka dikategorikan sebagai terbaik.

“Tapi bagi kami, kami mampu mengalahkan siapa saja. Saya tidak akan berganjak semata-mata kerana ini saingan Liga Juara-Juara. Kami akan turun beraksi terutama di gelanggang sendiri, kerana itulah kami dan kami akan menyerang dan bermain secara terbuka kerana itu cara kami,” katanya.

Sementara Manchester United yang diundi dalam Kumpulan C, akan berdepan dengan juara Liga Scotland, Rangers yang dipimpin bekas pembantu kananya di United, Welter Smith pada perlawanan pembukaan pada 14 September depan.

Smith menjadi penolong pengurus pada 2004 dan Ferguson berkata “Walter sudah memikirkan mengenai jualan tiket dan kami benar-benar tidak sabar untuk menghadapi saingan ini. Undian ini bagus untuk kami kecuali terpaksa terbang jauh ke Turki,” katanya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>