
ARSENAL memilih laluan berliku apabila tewas mengejut 0-2 kepada wakil dari Portugal, SC Braga pada pertemuan peringkat Kumpulan H Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung awal pagi tadi.
Keputusan Penuh Perlawanan | Carta Liga Juara Eropah
Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama, namun dua gol babak akhir permainan oleh Leite Nascimento Matheus pada minit ke-83 dan 90 memberi padah buat Arsenal yang tampak goyah di bahagian pertahanan.
Dengan kekalahan itu, Arsenal tiada pilihan kecuali mesti menang dalam perlawanan terakhir kerana mereka kini berkongsi mata sama dengan Braga, namun ketinggalan tiga mata di belakang Shakhtar Donetsk yang naik ke tangga teratas selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Partizan Belgrade.
Arsenal kini mengutip sembilan mata selepas selesai lima perlawanan dan dijadualkan bertemu Partizan pada 8 Disember nanti di Stadium Emirates untuk menutup saingan peringkat kumpulan.
Satu lagi wakil dari England di dalam Kumpulan F iaitu Chelsea yang sudah mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati tidak mempunyai sebarang masalah untuk menewaskan MSK Zilina 2-1 di Stamdford Bridge.
Dua gol menerusi Daniel Sturridge (m-51) dan Florent Malouda (m-86) pada separuh masa kedua menyelamatkan mereka daripada tewas selepas ketinggalan 0-1 seawal minit ke-19 apabila Issiaka Bello membuka jaringan buat pelawat.
Di dalam satu lagi perlawanan Kumpulan F, Marseille turut mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya apabila berjaya mencatat kemenangan 3-0 ke atas Spartak dan akan bertemu Chelsea pada perlawanan terakhir.
Sekalipun tewas kepada Chelsea nanti dan Spartak Moscow menang ke atas MSK Zilina, Marseille tetap mara berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan memihak kepada wakil dari Perancis itu.
Related posts
- Wenger akui bimbang prestasi Arsenal
- Arsenal atasi Blackburn 2-1
- Prebiu EPL 2011 - Matchday #34
- Harimau Malaya tak rela diratah kali kedua
- Gallas bakal sertai Spurs
- Video: Arsenal 1-1 Fulham [EPL]
- Chelsea dijangka mudah atasi Wigan
- Ultras Malaya bantah aksi menentang kelab EPL
- Khairul Fahmi pilihan utama hadapi Arsenal
- Chelsea smile as rivals United, Arsenal held to draws on wintry night
Main topics: Liga Juara Eropah
Sub topics: Arsenal, Chelsea, Liga Juara Eropah, SC Braga





