Piala AFF: Prestasi Harimau Malaya cetus tanda tanya
PRESTASI terkini skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal bagi misi mempertahankan Piala AFF mencetuskan kebimbangan ramai pihak apabila gagal mencatat sebarang kemenangan dalam empat aksi persahabatan antarabangsa.
Apatah lagi apabila pasukan Harimau Malaya sekadar seri 1-1 dengan Bangladesh dalam perlawanan pemanas badan terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Akhbar-akhbar utama hari ini tanpa berselindung mengkritik keras skuad pilihan Rajagobal sekaligus tidak memberi harapan untuk menjuarai Piala AFF 2012.
Paparan berita segmen sukan di media perdana, 21 November 2012:
Harimau Sakit (Harian Metro)
APA lagi alasan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal kali ini selepas menyaksikan Harimau Malaya seperti semakin ‘tenat’ apabila pasukan juara Asia Tenggara itu sekadar seri 1-1 menentang Bangladesh dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Skrip sama diulangi ketika seri dengan Hong Kong minggu lalu dengan kesilapan pemain pertahanan di minit akhir meragut peluang Malaysia mendapat kemenangan moral menjelang sepak mula Piala Suzuki AFF Ahad ini.
Harimau Longlai! (Berita Harian)
Memalukan!
Itu ungkapan ringkas dan tepat yang boleh disimpulkan selepas menyaksikan skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal sekadar seri 1-1 dengan Bangladesh pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Kegagalan menumpaskan pasukan 171 ranking dunia itu - yang juga eksperimen terakhir daripada Rajagobal, sebelum empat hari menjelang sepak mula Piala Suzuki AFF 2012 bertemu Singapura, Ahad ini.
Semakin parah! (Utusan Malaysia)
Program pemulihan semangat selama tiga hari di Pulau Pangkor minggu lalu nampaknya tidak memberikan sebarang kesan. Persembahan Harimau Malaya semakin membimbangkan selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Bangladesh pada perlawanan persahabatan terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum sepak mula Piala Suzuki AFF, Ahad ini.
Bagaikan serba tidak menjadi, persembahan anak-anak buah Datuk K. Rajagobal yang semakin hilang punca menjelang lima hari perlawanan sebenar berdepan Singapura dengan tahap persefahaman antara pemain masih lemah dan kurangnya gerakan-gerakan menarik dapat disajikan oleh barisan serangan.
Skuad Rajagobal hampir malu besar (Kosmo)
SKUAD Datuk K. Rajagobal hampir malu besar. Lawan Bangladesh pun tidak boleh menang, inikan pula mempertahankan AFF Suzuki. Sudah tentu itu mesej yang cukup jelas diterima pengendali Harimau Malaya, Rajagobal semasa skuad kendaliannya sekadar seri 1-1 dengan Bangladesh dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Dengan hanya kurang 2,000 penonton hadir ke stadium, itupun sebahagiannya penyokong Bangladesh, tidak mustahil senario yang lebih kurang sama bakal berulang ketika aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Piala AFF Suzuki menentang Singapura di stadium sama Ahad ini.
Eksperiman terakhir Rajagobal gagal (Sinar Harian)
EKSPERIMEN terakhir Datuk K Rajagobal menguji barisan ‘kesayangan’ beliau terus gagal apabila Harimau Malaya sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Bangladesh pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Biarpun Khyril Muhymeen Zambri meletakkan skuad Harimau Malaya di depan hasil tand ukan pada minit ke-23, namun kealpaan benteng pertahanan di hukum menerusi sepakan penalti pelawat yang disudahkan Jahid Hasan Ameli minit ke-82.
November 21, 2012 - 6:35 pm
Aku tak faham buta ke apa FAM nie? Tolonglah selamatkan maruah Malaysia. Tuanku Presiden, Timbalan Presiden, Judin, Gobal, tolonglah letak jawatan. Ini bukan keluhan sorang tapi jutaan rakyat Malaysia yang amat syangkan pasukan bolasepak Malaysia…..please for the sake of your beloved country…..RESIGN with immediate effect!!!
November 21, 2012 - 7:25 pm
hamba rakyat jelata amat berterima kasih sekiranya duli tuanku dapat membuat sesuatu pada pasukan kita ni..walaupun FAM tk suka pada pasukan kesayangan hamba iaitu pahlawan merah…tpi selamatkan lah pasukan MALAYSIA kita..buat lah sesuatu tuanku presiden..sebelum nasi menjadi bubur..
November 21, 2012 - 7:28 pm
marilah bekerja bersama saya lepastu saya pun lari tinggal awak je yang kerja wahahaaha
November 21, 2012 - 7:51 pm
Napok gaya team tu pening lalat saje pasal gopal byk sgt buat experiment.. \sigopsl kalau dah nak pilih2lah dok sah tarik tali.. ini gaya kena sumpah ko peminat bola sepak malaysia yg benci dgn rajagopal.. akhir semua player mcm budak bodoh nak berlawan takde penonton.. FAM buang gopal letak sapa2 ganti gerenti penuh stadium dam baru malaysia tambah yakin..inilah cara terbaik… hampir semua org tak suka \rajagopal.. hanya team selangor saje kot menyokong…
November 21, 2012 - 8:30 pm
S.Kunanlan, Fakhri Saarani, Amar Rohidan dan Zubir Azmi
meme tak layak dalam skuad……patutnya Azwan Roya, Amri Yahyah, Piya dan Shukur Adan
November 21, 2012 - 9:10 pm
alex dgugur dlm beberapa hari ,alih2 hari ni d pggil smula…aku tk paham la..baso bengong ni la hok main bagus tk nk pilih.amik hok kucar spt amar rohidan,s kunalan,fakri saarani,aidil,zakuan,safiq dan ada lgi la hok tk peform mcm mat yo,safie…hok tgh perform mcm piya,farhan,nazmi,rozaimi dan byk lgi la yg lain tk dpt nk sebut.
November 22, 2012 - 2:03 pm
ko ni baik semua player striker main utk malaysia..trmasuk golkeeper skali.. yg ko tau best player je.. amar rohidan defensive md, aidil centerback, kunalan wing kiri, fakri wing kanan zaquan striker.
November 21, 2012 - 10:27 pm
baso ckp dgn dinding rajogopuh ni…
November 21, 2012 - 10:34 pm
Bukan stakat cetus tanda tanya.. Boleh cetus perang saudara kalau camni..
November 21, 2012 - 11:51 pm
>>>>hancur….hancur…..bunyamin ni gaye dah lebih,,,mcm berkobar-kobar tp main mcm hampeh…same jer dgn geng die yg sebelah kiri…passing kelaut.. tengah lg la dari dulu smpai skrg same jer…kite tak kisah kamu kalah ke menang,,,yg penting kamu main cantik….bknnye hrpkan rambut je cantik…kalau rasa kamu main mcm budak tadika tak pyh sebuk2..bg jer yg lebih layak…piya sbgai contoh…dia sedar dia tak layak dan taknak malukan diri…player2 msia skrg btul2 kejar status n $$$$ jer,,,inilah hakikat…mmmmmmm
November 22, 2012 - 2:22 pm
korang nk kritik pun pk la dulu.. main liga malaysia boleh la bek pn dh jd striker.. pemain malaysia bkn spt pemain luar negara.. umur 30+ masih fit..2nd half dh pancit.. era alan haris, hatem soussie dll bla asik tukar player korang kata cmna nk persefahaman.. bla player sama amik kabel, politik la.. cuma aku rasa rugi x amik norfarhan mohd..
November 22, 2012 - 5:58 am
tolong lah buat perubahan sikit….. hamba rasa skuad hm perlu dibubarkan dari pucuk kepimpinan atasan sampai ke akar umbi baru ada peningkatan…
November 22, 2012 - 8:53 am
Kalau Harimau Malaya kalah pun bukannya bos-bos FAM kesah…sebab dah ada “someone to be blame”, siapa lagi kalau bukan KingGopal….Lepas ni pakat nak lepaskan diri masing-masing dan menyalahkan orang lain aje laa….
November 22, 2012 - 9:50 am
btoi tu PEMINAT KECEWA..sy setuju..dulu lg sy ada
ckp tah pe2 je MUNYAMIN ZUBIR AIDIL FAKRI zagONE
AMAR test la NIK SHARUL DAUDSU AMIRTAJ FARHAN
AFIQ PIYA shukurADAN rizalZAMRY…kesian dorang ni
selagi kingEXPERIMENT jd coach mmg kempunan la.
November 22, 2012 - 3:38 pm
Aku ingat sblum kick off lwn singapore ni..team rajagopal kene wat satu lg friendly dgn team terbaik yg tak terpilih wakil negara..ong kim swee bimbing…kalau kalah aku rase org2 FAM dah boleh cari keje kat jobstreet..khalas!!
November 22, 2012 - 4:08 pm
marulah melarikan diri bersama-sama saya…
November 22, 2012 - 5:22 pm
Selepas bereksperimen berbulan-bulan sehingga 70 orang pemain dipanggil untuk pemilihan, akhirnya Rajagobal memilih pemain yang sama juga seperti team yang lalu. Jelas, pemain2 spt Fakri Sharani, Khyril Muhaimin,Amar Rohidan dan beberapa yang lain bukan national team material. Pemain spt Nurul Roya, Piya, Nazmi Nabil yang perform tak dipilih pun. Berulang kali Rajagobal dok cakap “I know what I’m doing…”, akhirnya Malaysia main seperti badut ketika menentang Bangladesh. Memalukan. FAM officials are a disgrace lot, tak rasa segan ke masih ingin berpaut kpd jawatan masing-masing bila mana pasukan kebangsaan Malaysia asyik mencorot sejak berbelas-belas tahun lalu…..
November 22, 2012 - 5:47 pm
Apa2 pun aku sokong Bunyamin sebab pakai baju “FREE PALESTINE”!…