Liga Juara: Ranieri kecewa jika Inter Milan gagal ke suku akhir

JURULATIH Inter Milan, Claudio Ranieri mengakui yang beliau akan berasa kecewa jika skuad kendaliannya itu gagal mara ke peringkat suku akhir kempen Liga Juara-Juara musim ini.

Justeru, Ranieri menuntut anak-anak buahnya fokus apabila melayan kunjungan Olympique Marseille pada aksi kedua pusingan kedua di Stadium Giuseppe Meazza awal pagi esok.

Tugas sukar bakal menanti kelab gergasi Itali itu apabila mereka perlu mengatasi dengan kelebihan satu gol yang dimiliki Olympique Marseille selepas menang 1-0 pada aksi pertama bulan lalu.

Ranieri berkata, adalah sesuatu yang memalukan jika anak-anak buahnya gagal mencatatkan kemenangan ke atas Marseille.

“Tujuan saya menjadi jurulatih adalah untuk merasai emosi iaitu positif atau negatif.

Namun secara jujurnya, emosi yang positif adalah lebih baik.

“Saya berharap penyokong-penyokong kami (Inter) akan hadir beramai-ramai ketika menentang Marseille awal pagi esok. Saya mahu melihat mereka terus memberikan sokongan kepada kami.

“Saya percaya, kami masih ada pelu- ang untuk menang, sekali gus layak ke peringkat suku akhir.

“Kita lihat apa yang akan berlaku pada perlawanan itu nanti dengan sokongan padu penyokong-penyokong kami,” kata Ranieri.

Inter mendapat tonik terbaik menjelang pertemuan dengan Marseille apabila mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Chievo Verona dalam saingan Serie A, Jumaat lalu.

Ia merupakan kemenangan pertama buat anak-anak buah Ranieri dalam 10 perlawanan terakhir.

Situasi tersebut jelas berbeza dengan Marseille yang tewas empat kali berturut-turut dalam empat perlawanan terakhir mereka sejak menang aksi pertama dengan Inter.

Ia sekali gus memberi kelebihan buat Inter untuk mewaskan Marseille di ha- dapan penyokong mereka sendiri.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>