Arsenal tewaskan Newcastle 2-1


Arsenal 2-1 Newcastle | EPL 2011/2012

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger telah memuji semangat pasukannya setelah sekali lagi kembali dari belakang untuk menang 2-1 ke atas Newcastle awal pagi tadi.

Thomas Vermaelen telah menjaringkan gol kemenangan pada minit kelima masa tambahan dari hantaran Theo Walcott untuk membawa pasukannya satu mata di belakang musuh ketat Spurs di kedudukan Liga EPL.

Pasukan Gunners di belakang selepas gol pembukaan Hatem Ben Arfa pada separuh masa pertama tetapi 55 saat kemudian Robin van Persie menyamakan kedudukan dari hantaran Walcott.

Wenger menyatakan sifat pasukannya yang “tidak patah semangat” adalah kunci untuk kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan EPL.

“Kami menyaksikan persaingan yang amat sengit dari kedua-dua pasukan.” Wenger memberitahu Sky Sports.

“Ia memerlukan sesuatu yang istimewa untuk mengalahkan mereka. Kami telah mengalahkan mereka dengan sifat itu dan kami tidak jemu berusaha, kami terus berjuang dan akhirnya kami memenangi (perlawanan ini).”

Apabila ditanya jika dia tidak yakin beroleh kemenangan, pengurus Perancis itu berkata. “Tidak pernah. Saya telah berkata kepada penolong saya pada minit terakhir: ‘Satu lagi gerakan serangan dan kami akan menjaringkan gol.”

Apabila ditanya tentang pemain terbaik perlawanan itu, Walcott, Wenger berkata: “Dia mempunyai prestasi yang amat mengagumkan hingga minit terakhir. Ia adalah antara permainan terbaik olehnya. Malam ini permainannya amat sempurna – dia berganding dengan baik, menghantar bola dengan baik, dan sentiasa dalam perlawanan.”

“Dia sedang meningkat dengan baik. Dia amat pintar dan adakala ramai yang lupa dia hanya berusia 23 tahun.”

Arsenal 2-1 Newcastle

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>