Olimpik 2012: Lee Chong Wei mara ke Separuh Akhir
PEMAIN badminton utama Malaysia, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke separuh akhir acara badminton perseorangan lelaki selepas menewaskan pemain India, Kashyap Parupalli dalam dua set terus 21-19, 21-11.
Di Separuh Akhir nanti Chong Wei akan bertemu pemenang antara pemain China, Chen Long atau pemain Denmark, Peter Gade.
Kemenangan ini terus menyalakan harapan 27 juta rakyat Malaysia bagi memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London.
Semalam, Chong Wei mengesahkan slot ke peringkat suku akhir acara badminton perseorangan lelaki selepas menewaskan Simon Santoso dari Indonesia 21-12, 21-8 pada aksi kalah mati di Arena Wembley.
Meskipun baru sahaja pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya pada Mei lalu, Chong Wei tidak menampakkan sebarang tanda-tanda kesakitan sepanjang 36 minit perlawanan berlangsung.
Kashyap Parupalli menundukkan Niluka Karunatne dari Sri Lanka 21-14, 15-21, 21-9 untuk mara ke suku akhir.
Terdahulu, bintang sensasi China, Lin Dan turut mara ke peringkat suku akhir apabila mencatatkan kemenangan ke atas juara Olimpik 2004, Taufik Hidayat dari Indonesia 21-9, 21-12.
Luahan Perasaan