Sukan Asia 2010: Keputusan Malaysia vs Thailand Final Sepak Takraw Berpasukan

Thailand tewaskan Malaysia 2-0 untuk menang pingat emas acara sepak takraw berpasukan

HASRAT Malaysia untuk merampas pingat emas sepak takraw Sukan Asia daripada musuh tradisi, Thailand tidak kesampaian apabila tewas 0-2 dalam kategori berpasukan sebentar tadi.

Regu pertama Malaysia yang dibarisi Mohd Normanizam Ahmad, Mohd Futra Abd Ghani dan Ariff Ramli tewas set pertama 16-21 sebelum dibelasah 10-21 di set kedua.

Harapan Malaysia untuk bangkit menerusi regu kedua turut tidak kesampaian apabila tewas 15-21, 17-21.

Kekalahan itu bermakna Malaysia hanya berpuashati dengan meraih pingat perak, sama seperti diperolehi semasa temasya empat tahun lalu di Doha, Qatar.

Selepas ini Malaysia akan menumpukan pada acara antara regu yang akan bermula pada Isnin dengan regu Myanmar menjadi lawan pertama pasukan sepak takraw negara.

Related Posts

One Response to Sukan Asia 2010: Keputusan Malaysia vs Thailand Final Sepak Takraw Berpasukan

  1. harapan palsu dari PSM.Thailand memiliki kehebatan dari serve yang laju dan drop yang gagal diangkat dgn baik oleh feeder malaysia.Killer mereka juga sangat hebat dan bola sukar untuk di ‘block’ oleh Futra maupun Nasharudin.
    PSM perlu berhati2 kerana peningkatan mendadak Korea,China & Jepun dlm permainan tradisi ini.Kebanyakan negara2 asean yg lebih awal mengenali permainan ini semua sudah tenggelam dek kehebatan mereka.Awas PSM & Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>