Sukan Asia 2010: Keputusan Lee Chong Wei vs Chen Jin

Chong Wei tewaskan Juara Dunia, Chen Jin dalam aksi tiga set untuk ke final badminton

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei memberi sinar harapan buat rakyat Malaysia apabila mara ke perlawanan akhir acara perseorangan lelaki badminton Sukan Asia 2010 selepas menundukkan pemain tuan rumah, Chen Jin dalam pertarungan sengit tiga set sebentar tadi..

Selepas bertarung lebih sejam, Chong Wei akhinya membuktikan dia lebih berhak berada di pentas final dengan kemenangan 14-21, 21-15, 21-7.

Chong Wei akan menanti pemenang antara seorang lagi sandaran tuan rumah, Lin Dan yang akan membuat perhitungan dengan Park Sung Hwan dalam satu lagi aksi separuh akhir sebentar nanti.

Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam esok.

Sementara itu beregu utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong akan turun beraksi menentang Markis Kido/Hendra Setiawan untuk perebutan pingat emas lebih kurang jam 9.30 malam ini.

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong adalah juara bertahan acara beregu lelaki Sukan Asia manakala Chong Wei belum pernah mara ke final acara perseorangan di Sukan Asia.

Related Posts

2 Responses to Sukan Asia 2010: Keputusan Lee Chong Wei vs Chen Jin

  1. dah kate dah…caiyoo2 datuk lee chong wei…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>