Sukan Asia 2010: Keputusan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong vs Markis Kido-Hendra Setiawan
Pasangan Malaysia gagal pertahan pingat emas Sukan Asia
PASANGAN beregu utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong gagal menewaskan beregu Indonesia, Markis Kido/Hendra Setiawan dalam pertarungan sengit tiga set untuk sekadar berpuashati dengan pingat perak buat Malaysia.
Pasangan Indonesia tewas set pertama 16-21 namun bangkit di dua set berikutnya untuk menang 26-24 dan 21-19 untuk merampas pingat emas yang dimenangi pasangan Malaysia di temasya empat tahun lalu di Doha, Qatar.
Ia adalah kekecewaan kedua buat Malaysia hari ini selepas tewas kepada Thailand dalam perlawanan akhir acara sepak takraw berpasukan petang tadi.
Harapan emas Malaysia kini disandarkan di bahu pemain utama negara, Lee Chong Wei yang akan berdepan Lin Dan dalam final perseorang lelaki esok.
December 16, 2010 - 1:00 pm
sdeyh sgt2 m’sia kalah dlm game nih…
tapi kita klah sipi2 jerk…
naseb ta menyebelahi kita….
na uat cner…
trime jer la kte dpat perak…
to mr.kkk n mr.tbh,’keep fight’ bak kata rexy…