Badminton: Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mara ke separuh akhir
Beregu Malaysia tewaskan pasangan Jepun untuk bertemu beregu Indonesia di Separuh Akhir
PASANGAN badminton nombor satu dunia, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mara ke separuh akhir acara badminton beregu lelaki Sukan Asia 2010 di Guangzhou selepas menewaskan pasangan Jepun, Hirokatsu Hashimoto/Noriyasu Hirata di peringkat suku akhir sebentar tadi.
Pasangan beregu negara menang dalam pertarungan tiga set 21-19, 13-21, 21-18 untuk mara ke separuh akhir yang secara automatik sekurang-kurangnya pingat gangsa sudah berada dalam genggaman Malaysia.
Buat pertama kali dalam sejarah Sukan Asia tiada seorang pun wakil pasangan China bertarung di peringkat separuh akhir acara beregu lelaki badminton selepas dua pasangan tuan rumah terkandas di suku akhir.
Sandaran utama China, Cai Yun/Fu Haifeng tewas straight set kepada pasangan Korea Selatan, Chung Jaesung/Lee Yongdae 16-21, 12-21.
Manakala satu lagi pasangan China, Guo Zhendong/Xu Chen tewas kepada beregu Indonesia, Mohammad Ahsan/Alvent Yulianto 21-14, 19-21, 16-21.
Di separuh akhir malam esok Koo Kien Keat/Tan Boon Heong akan berdepan dengan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan/Alvent Yulianto untuk merebut slot ke final. - Sokernet.com
VIDEO: Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tewaskan Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata [Sukan Asia 2010]
November 18, 2010 - 11:43 pm
harapan memburu pingat emas mungkin buat skuad beregu lelaki negara…
~malaysia boleh~