Ronaldo minat jadi Presiden Bola Sepak Brazil
Ronaldo ketika membantu Brazil juarai Piala Dunia 2002
BEKAS pemain terbaik dunia FIFA tiga kali, Ronaldo, yang juga anggota jawatankuasa penganjuran Piala Dunia 2014, hari ini menyatakan hasrat untuk menjadi Presiden Persekutuan Bola Sepak Brazil.
“Saya berminat untuk memulakan karier politik saya dalam bola sepak. Saya mahu menjadi ahli politik bola sepak,” katanya dipetik sebagai berkata dalam wawancara akhbar harian Folha de Sao Paulo.
Ricardo Teixeira, yang mengetuai Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) sejak 1989, mengundur diri bulan ini dan juga meletakkan jawatnnya sebagai pengerusi jawatankuasa penganjuran Piala Dunia 2014.
Peletakan jawatan selepas 22 tahun mengetuai CBF itu dikaitkan dengan kontroversi mengenai dakwaan berlaku penyalahgunaan wang badan bola sepak kebangsaan itu, di Brazil dan di luar negara.
Ronaldo yang pernah beraksi untuk Brazil dalam Piala Dunia 2002, berkata beliau tidak pasti sama ada dirinya sesuai menjadi calon presiden tetapi sekiranya CBF mahukannya beliau akan menerimanya. - AFP
Presiden Gabungan Bola Sepak Brazil letak jawatan
RIO DE JANEIRO: Presiden Gabungan Bola Sepak Brazil (CBF) dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Piala Dunia 2014, Ricardo Teixeira yang dibelenggu dakwaan penyelewengan meletak jawatan.
Pemangku Presiden CBF, Jose Maria Marin membacakan surat daripada Teixiera yang berkata: “Hari ini, saya meletak jawatan sebagai Presiden CBF.”
Teixiera, 64, menamakan Marin, 79, yang juga bekas Gabenor wilayah Sao Paulo sebagai penggantinya.
March 21, 2012 - 11:05 am
agaknya Ronaldo baca komen Prof Em KKK masa dia komen isu TSAM aritu kot.. klu xsalah sy, Prof kata, ini lah akibatnya kalau peesatuan / pengurusan diurus oleh org yg xtau pasal sukan.. bila kluar jer statement mcm tu, ronaldo pun tau la sbb dia pandai main bola, so ada harapan nk jadi presiden bola brazil ni… heheheheheee
March 21, 2012 - 1:33 pm
sURUH kkk JADI PRESIDEN BOLA