Kelayakan Piala Dunia 2014: Czech 0-0 Itali
Ketua pasukan Itali, Gianluigi Buffon meraskan Mario Balotelli tidak sepatunya dibuang padang di perlawanan menentang Republik Czech malam semalam.
Itali hanya berjaya seri dengan Republik Czech selepas menjadi pasukan kegemaran untuk menang di perlawanan kelayakan Piala Dunia semalam.
Balotelli dibuang padang selepas menerima dua kad kuning tetapi Buffon berkata keputusan untuk itu agak keras.
“Kami berjumpa dengannya selepas perlawanan dan beliau sangat kecewa, tetapi saya tidak rasa ia satu masalah. Beliau menerima dua kad kuning, yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Beliau telah berikan yang terbaik sebelum itu,” Buffon memberitahu Football Italia.
“Perkara seperti ini sering berlaku, jadi saya tidak rasa ia begitu serius.
Itali kini masih mendahului Kumpulan B dan Buffon merasakan keputusan seri mungkin keputusan yang adil memandangkan musim telah pun berakhir.
“Ia adalah satu mata yang penting yang membenarkan kami tetap mendahului kumpulan ini dengan hanya tiga perlawanan lagi. Ia adalah satu keputusan yang positif,” beliau memberitahu Rai Sport.
Itali akan bersaing di Piala Confederations dari 16 hingga 30 Jun di mana mereka akan bertemu Brazil, Mexico dan Jepun di peringkat kumpulan dan Buffon berkata mereka hampir sedia untuk pertandingan itu.
“Saya optimis kerana saya yakin dengan kualiti pasukan saya.”
- Foxsports.my
Kelayakan Piala Dunia 2014 | Republik Czech 0-0 Itali
June 8, 2013 - 3:10 pm
“Pasukan kegemaran”????…wtf…pegi blajar bahasa melayu dulu lah bro
June 8, 2013 - 3:14 pm
Laporan ni direct dari sumber (jelas terpampang). Selidik dulu sebelum komen.
tq