Hasrat rai kemenangan ragut 74 nyawa
Tragedi berdarah bola sepak Mesir
Sekurang-kurangnya 74 orang mati manakala 1,000 lagi cedera selepas satu rusuhan berlaku ekoran kemenangan mengejut 3-1 kelab bola sepak tempatan, Al-Masry ke atas kelab terkenal dari Kaherah, Al-Ahly di sebuah stadium di sini kelmarin.
Rusuhan itu berlaku selepas perlawanan tamat apabila para peminat kelab bola sepak Al-Masry meluru ke padang stadium di sini bagi meraikan kemenangan mengejut itu.
Para penyokong Al-Masry yang bersenjatakan pisau, kayu dan batu mengejar para pemain dan peminat daripada kelab Al-Ahly yang berlari ke arah pintu untuk menyelamatkan diri, kata beberapa saksi.
Seorang pemain dengan kelab Al-Ahly, Mohammed Abu Trika mengkritik polis kerana tidak campur tangan dalam keganasan tersebut.
“Orang ramai di sini mati dan tiada ada sesiapa yang melakukan apa-apa. Ia seperti satu perang,” katanya kepada sebuah stesen televisyen.
Beberapa saksi menyatakan, puluhan peminat bola sepak mati ditikam manakala sebilangan lagi lemas selepas terperangkap di sebuah koridor panjang dan sempit ketika mereka cuba melarikan diri daripada sekumpulan peminat pasukan lawan.
Pertempuran melibatkan beberapa kumpulan peminat bola sepak Mesir kelmarin meragut 74 nyawa dengan sekurang-kurangnya 1,000 orang lagi cedera.
Dalam perkembangan berkaitan, ketua majlis tentera yang memerintah Mesir buat sementara waktu, Fil Marsyal Mohamed Hussein Tantawi semalam berikrar akan memburu mereka yang bertanggungjawab mencetuskan keganasan itu. — Kosmo
February 3, 2012 - 10:14 pm
KOSMO HARI NI CUBA BURUKKAN PENYOKONG KELANTAN DGN KAITKAN PERISTIWA RUSUHAN MESIR DGN RUSUHAN OLEH PENYOKONG KELANTAN BBRP TAHUN LALU. DITULIS IA TERJADI SBB SIKAP PENYOKONG KELANTAN YG TIDAK PUAS HATI DGN KEKALAHAN. BENGONG BETUL KOSMO. KELANTAN DH BNYK KALI KALAH BOLA, TP ADAKAH RUSUHAN TERJADI SETIAP KALI SLPS KALAH? WALHAL BENDA TU JD SBB ADA PIHAK LAIN YG BUAT PROVOKASI. LG 1, YG BUAT RUSUHAN DI MESIR TU PENYOKONG PASUKAN YG MENANG! YG PALING AKU BENGANG DGN KOSMO, HAL PERGADUHAN DAN PERISTIWA BAKAR BENDERA OLEH NEGERI LAIN, XDE PULA NK KAITKAN.
SO, JOM KITA SBG PENYOKONG PASUKAN KELATE BOIKOT KOSMO ATAS KETDAKADILAN LAPORAN & SENGAJA BURUKKAN NAMA KITA
February 7, 2012 - 1:45 pm
sek pata timur jd mangse sokmo dek media..ke gane sek kiter