Portugal pasukan terakhir layak ke EURO 2012
- Playoff EURO 2012
DUA gol menerusi Cristiano Ronaldo memberi inspirasi kepada Portugal mencatat kemenangan besar 6-2 terhadap Bosnia-Herzegovina dalam saingan play-off kelayakan Euro 2012, awal pagi tadi.
Dengan kemenangan itu Portugal layak ke final Euro 2012 tahun depan.
Penyerang Real Madrid itu meledak seawal minit ke-8 dan gol keduanya pada minit ke-53.
Rakan sepasukannya ketika di Manchester United, Nani pula membocori gawang Bosnia pada minit ke-24, manakala gol kelima dan keenam dijaringkan oleh Helder Postiga (minit ke-72, 82) Veloso (minit ke-80).
Bosnia bagaimanapun seakan-akan bangkit apabila Zvezjdan Misimovic mengegarkan jaring pasukan tuan rumah menerusi sepakan penalti pada minit ke-41 dan gol kedua menerusi Emir Spahic pada minit ke-65.
- Keputusan playoff kelayakan EURO 2012
Portugal 6 (Cristiano Ronaldo 8, 53, Nani 24, Helder Postiga 72, 82, Veloso 80)
Bosnia-Herzegovina 2 (Misimovic 41-pen, Spahic 65)
[Portugal menang dengan agregat 6-2]
Croatia 0
Turki 0
[Croatia menang dengan agregat 3-0]
Montenegro 0
Republik Czech 1 (Jiracek 81)
[Republik Czech menang dengan agregat 3-0]
Ireland 1 (Ward 32)
Estonia 1 (Vassiljev 57)
[Ireland menang dengan agregat 5-1]
Luahan Perasaan