Messi vs Neymar Final Piala Kelab Dunia 2011
FIFA Club World Cup Japan 2011
=> Santos FC (Brazil) vs FC Barcelona (Spain)
=> LIVE Astro 817, 6.30 ptg
=> 18 Disember 2011
SANTOS FC akan menentang Barcelona pada perlawanan akhir bola sepak Piala Kelab Dunia hari ini, menemukan Lionel Messi dan Neymar dalam apa yang digelar sebagai pertembungan dua pemain terbaik dunia.
Juara Eropah, Barca menjadi pasukan pilihan menentang pasukan Brazil itu yang luar biasa menyerang tetapi gementar di belakang ketika mengalahkan pasukan Jepun, Kashiwa Reysol 3-1 pada separuh akhir, Rabu lalu.
Tiada masalah sebegitu di Jepun buat Catalans yang membelasah pasukan Qatar, Al Sadd 4-0, Khamis lalu untuk menempah pertembungan yang amat ditunggu-tunggu itu dengan juara Amerika Selatan dan penyerang muda yang sering dijulang, Neymar.
Namun, kemenangan mudah dibayar dengan harga tinggi buat pasukan Pep Guardiola yang kehilangan penyerang prolifik, David Villa kerana patah kaki yang menyaksikannya berehat sehingga lima bulan.
“Mereka mungkin menyerang balas dan mereka berbahaya kerana Neymar.
“Setiap orang bercakap tentang Neymar tetapi mereka ada ramai pemain bagus. Kami mesti bermain satu perlawanan yang sempurna,” katanya,” kata Guardiola yang menyifatkan Santos lebih daripada sekadar ayam tambatan berusia 19 tahun dan merupakan sebuah pasukan pantas yang dipenuhi pemain lampai.
Luahan Perasaan