FIFA bimbang persediaan Piala Dunia 2014

FIFA terus bimbang dengan rentak perlahan Brazil dalam persediaan untuk Piala Dunia 2014, dengan berkata pegawai bola sepak negara itu melabur lebih tenaga untuk memenangi kejohanan dan bukan penganjuran.

“Kita belum ada ada stadium, kita belum ada lapangan terbang,” kata setiausaha agung FIFA Jerome Valcke pada Forum Dunia Bola Sepak di Moscow.

Menurutnya, kebimbangan semakin bertambah terutama pada beberapa kemudahan termasuk ikon di Rio de Janeiro, Stadium Maracana, yang hanya akan siap beberapa minggu sebelum kejohanan.

“Maracana belum lagi mencapai tahap stadium Piala Dunia. Isu utamanya di Brazil ialah bukan menganjurkan Piala Dunia tetap memenangi Piala Dunia,” katanya.

Brazil, yang memenangi hak penganjuran Piala Dunia pada 2007, berdepan masalah penganjur dan masalah birokrasi sejak ia diumumkan tuan rumah kejohanan pada 2007.

Pekerja binaan di salah sebuah stadium hanya kembali bekerja minggu ini selepas berbalah mengenai soal gaji.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>