Mexico ikat Sepanyol 1-1

JUARA Piala Dunia 2010, Sepanyol memerlukan jaringan minit terakhir David Silva untuk menyelamatkan maruah dengan keputusan 1-1 ketika menentang Mexico pada perlawanan persahabatan di Stadium Azteca, awal pagi tadi.

Penyerang Manchester United, Javier Hernandez meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-12 dan pelawat menunggu sehingga masa kecederaan sebelum melihat Silva meledak gol penyamaan buat Sepanyol, yang beraksi kali pertama sejak kejayaan di Afrika Selatan.

Sepanyol, yang tiba Isnin lalu, tidak mempunyai banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan kedudukan aras tinggi Mexico City, dan hanya menurunkan tiga pemain yang beraksi pada final Piala Dunia 11 Julai lalu - penjaga gol, Iker Casillas, pertahanan Carles Puyol dan pemain tengah, Sergio Busquets.

Barisan baru itu tidak perlu menunggu lama untuk menangani asakan pihak lawan.

Dua pemain terbaik Mexico bergabung untuk menghasilkan gol pembukaan, dengan Andres Guardado mengumpan bola melepasi pertahanan Sepanyol dan Chicharito Hernandez meluru untuk menolak bola melepasi Casillas yang meninggalkan posisi di gawang.

Jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque melakukan eksperimen dengan menurunkan Santi Cazorla, Fernando Llorente dan Bruno Soriano dalam kesebelasan utama.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>