Cassano pulih semangat Itali

JURULATIH Itali, Cesare Prandelli percaya Antonio Cassano boleh memulihkan skuad Itali yang dilanda malapetaka pada Piala Dunia 2010.

Penyerang kelab Sampdoria itu menjadi inspirasi kepada Itali untuk memperoleh kemenangan 2-1 menentang Estonia, kelmarin setelah berjaya membantu Itali untuk mendapatkan jaringan gol.

”Cassano telah menaikkan semangat semua pemain yang berada dalam padang, malah dia kini semakin istimewa kepada kami.

“Kesungguhan yang ada pada pemain itu membolehkan prestasinya terus meningkat. Saya dapat lihat dia yang pertama tiba di bilik persalinan dan kemudian berbincang aspek taktikal yang ingin digunakan bersama saya serta pemain yang lain, sungguh mengujakan,” kata Prandelli.

Pasukan Itali kini berada di kem latihan mereka di Tuscany untuk menjalani latihan sebagai persediaan untuk perlawanan Selasa ini.

Kemenangan ke atas Estonia adalah kemenangan pertama bagi pasukan itu pada tahun ini setelah melalui tujuh perlawanan penting tanpa sebarang kemenangan.

“Pasukan ini boleh melakukan yang lebih baik lagi selepas ini, saya selalu katakan demikian kepada pemain dan kita perlu bersabar untuk ke arah itu.

“Bola sepak Itali kini semakin bertambah baik daripada sebelum ini dan sedang melangkah pada permulaan kejayaan serta sedang memahami bagaimana untuk bermain dengan baik,” ujarnya.

Bekas jurulatih Fiorentina itu juga menghadapi masalah berkenaan pemilihan penjaga gol kerana terpaksa mencari pengganti kepada Gianluigi Buffon yang kini mengalami kecederaan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>