Ronaldo sandaran ubah nasib Portugal

Ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo mempunyai banyak pengalaman untuk mengubah sesuatu perkara daripada tidak mempunyai harapan kepada satu kejayaan.

Dia merupakan watak penting dalam Real Madrid yang berusaha keras namun tidak berdaya merampas gelaran kejuaraan La Liga daripada Barcelona untuk dua tahun sebelum akhirnya berjaya mengetepikan musuh ketat pasukannya pada musim 2011-2012.

Kini Ronaldo dalam proses untuk menukar nasib Portugal pada Euro 2012 setelah sebelum ini diejek dan dicemuh oleh penyokong bola sepak Portugal berikutan aksi hambarnya pada dua perlawanan peringkat Kumpulan B sehingga hampir tersingkir.

Bagaimanapun, pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Ronaldo, kembali menemui sentuhannya untuk membantu Portugal bangkit daripada ketinggalan dengan menewaskan Belanda 2-1 sekali gus melayakkan mereka ke peringkat seterusnya.

“Kini semuanya tidak mustahil,” kata Ronaldo selepas kemenangan Portugal ke atas Belanda.

Kini Ronaldo akan menumpukan misi pasukan negaranya setelah rekod cemerlang bersama Real Madrid dengan menjaringkan 60 gol ketika Portugal bertemu Republik Czech, esok.

Dalam pada itu, adalah tidak mengejutkan sekiranya Portugal digelarkan sebagai pasukan bukan pilihan walaupun mereka dilihat lebih berpeluang mengatasi Republik Czech.

“Mulai sekarang tidak ada lagi istilah pasukan pilihan,” kata pemain tengah, Raul Meireles yang mempunyai cerita berbeza di sebalik kebangkitan Portugal.

Republik Czech juga mempunyai kisah kebangkitan mereka sendiri setelah tewas perlawanan pertama kepada Rusia, mereka bangkit untuk mencatatkan dua kemenangan berturut-turut dan berpeluang untuk mara peringkat separuh akhir sebagaimana yang dilakukan pada kempen Euro 2004.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>