Sepanyol vs Portugal: Pertembungan rakan, musuh

Cristiano Ronaldo vs Alvaro Arbeloa

  • Cristiano Ronaldo vs Alvaro Arbeloa

PERTEMUAN antara Cristiano Ronaldo, yang selalu bergerak di sebelah kiri padang, dan bek kanan Sepanyol, Alvaro Arbeloa, boleh mempengaruhi haluan pertemuan peringkat separuh akhir Euro 2012 ini.

Selepas menyumbatkan dua gol ke atas Belanda dan kemudian gol kemenangan ke atas Republik Czech, Ronaldo tiba-tiba menjadi pemain yang paling digeruni oleh barisan pertahan pasukan lawan.

Arbeloa, yang menjadi rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid, pasti aref benar kelebihan kapten Portugal itu dari segi lariannya yang ligat, kekuatan tendangan dan tandukannya yang bertenaga.

Justeru, Arbeloa akan berusaha mematahkan gerakan Ronaldo sebelum bintang Portugal itu sempat bertindak. Jika tidak, beliau dan rakan-rakan pertahanannya akan menghadapi pelbagai masalah.

Lihat bagaimana Ronaldo mempersenda-sendakan Gregory van der Wiel dalam pertemuan dengan Belanda dan kemudian lebih cepat bertindak daripada Theodor Gebre-Selassie bagi menanduk gol tunggal kemenangan Portugal ke atas Czech.

Jika Arbeloa dapat membataskan kelincahan Ronaldo, beliau akan mengurangkan ancaman Portugal, sekali gus meningkatkan peluang Sepanyol mencatatkan kemenangan dan mara ke final Euro 2012 ini.

Xabi Alonso vs Joao Moutinho

  • Xabi Alonso vs Joao Moutinho

SIAPA terfikir Xabi Alonso akan menjadi wira kemenangan Sepanyol apabila pasukan itu menewaskan Perancis 2-0 di suku akhir.

Satu lagi kelebihan bekas pemain Liverpool itu ialah dari segi mengatur gerakan serangan pasukannya.

Mengikut statistik, pemain midfield Real Madrid itu menerima lebih banyak hantaran daripada rakan-rakan sepasukannya berbanding pemain-pemain lain. Mengikut kiraan, sebanyak 101 hantaran.

Jika Portugal ingin menjejas rentak permainan Sepanyol, maka tunggak midfieldnya, Joao Moutinho, harus memastikan Alonso, Xavi dan Sergio Busguets tidak selalu mendapat bola.

Pepe vs Cesc Fabregas

  • Pepe vs Cesc Fabregas

MELIHAT sumbangan Cesc Fabregas semasa Sepanyol menentang Perancis, bintang Barcelona itu mungkin terus menjadi pilihan utamanya.

Walau Fabregas kerap tampil sebagai penjaring gol, tugas lebih penting beliau ialah mengalihkan perhatian pemain-pemain Portugal kepadanya dengan tujuan merintis ruang dan peluang kepada Andrea Iniesta dan David Silva bergerak dan bertindak.

Sejauh ini, tunggak pertahanan Portugal, Pepe, beraksi cemerlang dan beliau dan seorang lagi bek tengah, Bruno Alves, harus berada di tahap terbaik jika mahu membendung serangan-serangan Sepanyol. — Cyberita

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>