Sepanyol vs Itali | EURO 2012
BEK tengah Sepanyol, Giorgio Chiellini percaya detik kegemilangan skuad itu bermula dengan kemenangan ke atas Itali di Kejohanan Eropah empat tahun lalu.
Sebelum itu, Sepanyol hanya dikenali sebagai sebuah negara yang gagal menyinar dalam bola sepak.
Kehebatan sekumpulan pemain berbakat gagal menterjemahkannya di pentas antarabangsa sekali gus menerbitkan rasa kecewa seluruh negara Iberia itu.
Namun kini semuanya berubah apabila Sepanyol mampu mengotakan janji dan membawa pulang trofi Kejohanan Eropah selepas menewaskan Jerman 1-0.
Sejak itu, mereka tidak lagi diragui mempunyai pasukan terbaik dunia apabila menjulang Piala Dunia di Afrika Selatan dua tahun selepas itu dan melonjak ke ranking nombor satu dunia.
Kali ini, mereka sekali lagi bergelar pasukan pilihan namun berdepan perlawanan pembukaan menentang juara dunia 2006 Itali, pasukan yang ditewaskan mereka di suku akhir di Vienna menerusi penentuan penalti sebelum muncul juara Eropah.
Kali ini, selepas empat tahun Itali turun sekadar pasukan bukan pilihan menjelang pertemuan pembukaan Kumpulan C di Gdansk, awal pagi Isnin ini.
“Kami sedar pasukan yang kami temui ini mempunyai sejarah besar empat tahun lalu,” kata pertahanan Juventus itu.
“Berdepan mereka pada perlawanan pembukaan memang hebat.
“Kami akan berjaga-jaga supaya dapat mempamerkan permainan kami dan amat sukar berdepan mereka empat tahun lalu.” Sepanyol bukan sekadar pasukan terbaik tetapi pemain seperti Xavi Hernandez, Andres Iniesta dan David Silva adalah pemain terbaik Eropah
No comments yet... Be the first to leave a reply!