Home » Germany, Portugal, Top News » UEFA siasat Jerman, Portugal

UEFA mahu mengambil tindakan ke atas pasukan Jerman dan Portugal berikutan penyokong kedua-dua pasukan yang gagal mengawal tingkah laku ketika pertemuan mereka dalam Kumpulan B, Ahad lalu.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Arena Lviv itu, penyokong Jerman dikatakan gagal mengawal tingkah laku dan bertindak ganas dengan membaling objek tajam ke bahagian padang.

Portugal pula yang mengalami nasib yang sama apabila cuba melengah-lengah perlawanan pada babak kedua pertemuan tersebut.

Insiden yang di luar jangkaan itu turut memaksa pihak berkuasa tempatan membuat satu pengumuman bagi meminta para penyokong kedua-dua pasukan bersikap postif dan menghentikan tindakan tersebut.

Jurucakap Uefa berkata, “kami telah melakukan siasatan, dan dua jawatankuasa disiplin dibentuk bagi membantu insiden tersebut.”

“Jawatankuasa disiplin yang ditubuhkan itu akan menjalankan siasatan pada minggu ini,” katanya.

Sebelum ini, Uefa turut melancarkan satu siasatan kepada penyokong Rusia ekoran tindakan mereka yang membaling bunga api sehingga menbahayakan orang lain.


No comments yet... Be the first to leave a reply!

free hit counter