D: Ukraine

D: Ukraine

Ukraine Squad EURO 2012

UKRAINE TEAM

Prestasi pasukan Ukraine dalam Kejohanan Eeropah tidak begitu memuaskan apabila tidak pernah layak dalam kelayakkan kumpulan.

Turun sebagai tuan rumah, Ukraine mahu membuktikan kemampuan mereka walaupun dianggap pasukan kerdil oleh pasukan lain.

Bagaimanapun, untuk edisi kali ini, pasukan yang digelar Syanyo-Zhovti kini dilihat berdepan dengan misi sukar untuk melangkah pusingan seterusnya apabila diundi bersama pasukan England dan Perancis.

Malah kehilangan penjaga gol utama, Andrei Dykan yang mengalami kecederaan di bahagian muka ketika menentang Zenit St Petersburg, hujung minggu lalu, lagi memberi tekanan kepada mereka selaku tuan rumah.

Bagi pengurus Ukraine, Oleg Blokhin menganggap itu sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pasukan mereka.

“Situasi ini sangat menyulitkan kami. Dengan diundi bersama pasukan pilihan termasuk kecederaan Dykan menyukarkan peluang kami untuk mara ke suku akhir nanti.

“Tidak dinafikan ia satu tamparan hebat yang terpaksa kami lalui, namun kami anggapnya ia satu perkara yang positif.

“Apa yang penting kami harus fokus dan pandang ke hadapan,” kata Blokhin.

Tambah Blokhin, kami masih memiliki penjaga gol yang berpengalaman Alexander Shovkovsky dan Andrei Pyatov, dan kami tetap optimis untuk mencipta kejutan nanti.

Semangat juang yang ditunjukkan oleh anak didik Oleg Blokhin ini nyata menyemarak dalam diri masing-masing untuk membutkikan kemampuan dan melakar kejutan menjulang juara buat kali pertama sekali gus membuktikan mereka bukan sahaja pelengkap Kumpulan D.

INFO PASUKAN UKRAINE

Ditubuhkan semenjak: 1991

Gelaran: Syanyo-Zhovti

Pengurus: Oleg Blokhin

Pemain tumpuan: Yaroslav Rakytskyy, Andriy Voronin, Yevgen Selin, Andriy Shevchenko, Ole Gusev, Oleksandr Aliyev, Serhiy Nazarenko, Marko Devic

Penjaring terbanyak: Andriy Shevchenko (46), Andriy Shevchenko (46)

Pusingan kelayakan EURO 2012: Layak secara automatik sebagai tuan rumah


free hit counter