B: Denmark

B: Denmark

DENMARK TEAM

Denmark mahu mengelak daripada mengalami kekalahan dua kali berturut-turut pada aksi pemanas badan dalam kejohanan bola sepak Eropah (EURO) 2012 menentang Australia di Parken, 2 Jun ini.

Pengurus Denmark, Morten Olsen yang gelisah dengan pencapaian anak buahnya berkata, mereka perlu mencatat kemenangan bagi memperoleh tonik terbaik sbelum memulakan kempen di Polan dan Ukraine, 9 Jun ini.

Meskipun dilabel sebagai pasukan pilihan, Denmark masih gagl untuk menemui rentak sebenar apabila tewas 1-2 kepada Brazil pada aksi persahabatan, Sabtu lalu.

Kerapuhan benteng pertahanan dilihat sebagai punca kekalahan skuad itu.

“”Saya melihat perlawanan itu sebagai peluang untuk saya memperbaiki kelemahan yang ada.

“Namun, saya mahu para pemain mencatat kemenangan pada pertemuan menentang Israel. Ia penting untuk dijadikan suntikan semangat sebelum kami memulakan Euro 2012,” kata Olsen.

Justeru, Olsen tidak rela pasukan Denmark akan mengalami nasib yang sama pada perlawanan itu nanti.

Memiliki beberapa pemain ternama seperti, Nicklas Bendtner, Dennis Rommedahl, Michael Krohn-Delhi, Morten Skoubo, Denmark dilihat mampu menggalas cabaran pasukan itu untuk melakar kejutan sekali gus membuktikan mereka bukan sekadar pelengkap kumpulan B.

“Saya tidak mahu mendabik dada. Apa yang penting sekarang kami ingin fokus kepada perlawanan menentang Australia.

“Sekiranya nasib tidak menyebelahi kami, saya akan berusaha untuk memperbaiki mutu permainanan agar misi di kejohanan itu nanti tidak berkecai,” kata Olsen yang menganggap Jerman dan Portugal bakal memberi saingan kepada mereka nanti.

Tambah Olsen,” Kami lebih selesa turun selaku pasukan underdog. Saya tahu kami pasti berdepan kesukaran, namun saya optimis kami mampu melepasinya.

Gagal melayakkan diri dalam pusingan akhir empat tahun lalu, pasukan Denmark enggan mengulangi kesilapan yang sama malah bertekad untuk mencipta kejayaan selaku pasukan Eropah utara.

Pasukan yang menerima jolokan De Rod-Hvide itu pernah muncul juara pada edisi di Sweeden selepas menewaskan Jerman 2-0.

Denmark akan bertemu Belanda pada pertemuan pertama mereka pada 9 Jun ini sebelum membuat perhitungan getir bersama Jerman dan Portugal selepas itu.

INFO PASUKAN DENMARK

Ditubuhkan semenjak: 1889

Gelaran: De Rod-Hvide

Pengurus: Morten Olsen

Pemain tumpuan: Nicklas Bendtner, Dennis Rommedahl, Michael Krohn-Delhi, Morten Skoubo

Penjaring terbanyak: Poul Nielsen, Jon Dahl Tomasson (52), Dennis Rommedahl (21)

Pusingan kelayakan EURO 2012: Juara Kumpulan H

Sejarah kejohanan EURO 2012:

1984- Layak ke separuh akhir

1988- layak di kelayakan kumpulan

1992- Juara

2004- Layak ke separuh akhir


free hit counter