SWEDEN TEAM
Sweden tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan utama termasuklah pada kejohanan Euro.
Malah pencapaian terbaik mereka di Euro adalah pada 1993 dan 2004 apabila mara sehingga ke separuh akhir sebelum impian ke final dimusnahkan oleh pasukan lain.
Untuk edisi kali ini, pasukan yang digelar Blågult turut dilihat berdepan misi sukar untuk melangkah ke pusingan suku akhir apabila diundi dalam kumpulan maut.
Anak buah Erik Hamren diundi dalam Kumpulan D bersama Perancis, England dan Ukraine.
Bagaimanapun, bagi pengendalinya sendiri, Erik Hamren tidak menganggap ia sebagai satu bebanan kepada pasukannya.
Menurutnya, Sweden lebih selesa turun selaku pasukan Undedog berbanding calon pilihan untuk muncul juara.
“Kami lebih selesa dengan panggilan itu kerana ia tidak memberi tekanan kepada kami untuk bersaing nanti.
“Tidak dinafikan Perancis dan England merupakan calon kegemaran kumpulan D untuk layak ke pusingan seterusnya.
“Bagi perlawanan itu nanti, kami akan cuba sedaya upaya, walaupun tahu pasti berdepan dengan kesukaran namun saya optimis kami mampu melakukannya,” kata Hamren.
Tambah Hamren, meskipun tiada rekod dalam memegang gelaran juara kejohanan Eropah, ia tidak mematahkan semangat pemain untuk mencipta kejutan pada tahun ini.
Pemain seperti, Sebastian Larsson, Kim Kallstrom, Mikael Lustig, Emir Bajrami,antara tunjang utama pasukan itu untuk memburu gelaran buat kami pertama sejak diperkenalkan pada tahun 1960.
Sweden akan memulakan saingan pertama bertemu Ukraine pada 11 Jun, sebelum menghadapi pasukan hebat, England 15 Jun dan Perancis 19 Jun.
INFO PASUKAN SWEDEN
Ditubuhkan semenjak: 1904
Gelaran: Blågult
Pengurus: Erik Hamren
Pemain tumpuan: Zlatan Ibrahimovic, Christian Wilhelmsson, Sebastian Larsson, Kim Kallstrom, Mikael Lustig, Emir Bajrami, Tobias Hysén, Marcus Berg, Alexander Gerndt
Penjaring terbanyak: Sven Rydell (49), Zlatan Ibrahimovic (28)
Pusingan kelayakan EURO 2012: runners-up (kumpulan E)
Sejarah di kejohanan EURO 2012:
1993- Layak ke separuh akhir
2004- Layak ke separuh akhir