ENGLAND TEAM
‘The Three Lions’ mara ke pusingan akhir Euro 2012 ketika Fabio Capello meletak jawatan empat bulan sebelum kejohanan. Kedudukan diambil alih sementara oleh penolong jurulatih, Stuart Pearce.
Pada awal bulan Mei lalu, Persatuan Bola Sepak England telah melantik Roy Hodgson sebagai jurulatih.
Pada pusingan kelayakan, England tidak menghadapi masalah untuk muncul juara kumpulan dan mengekalkan rekod bersih tanpa kalah.
Pada saingan Euro kali ini, Hodgson agak resah berikutan ramai pemain yang cedera selepas disenaraikan ke dalam skuad dan berharap mereka dapat pulih sepenuhnya.
Ketiadaan ayam tambatan mereka, Wayne Rooney yang menjalani penggantungan untuk dua perlawanan awal mengutip kad merah akibat menendang pemain Montenegro, Miodrag Dzudovic meresahkan Hodgson.
Kapten, Steven Gerrard akan mengetuai rakan-rakannya untuk menghadapi Perancis, Sweden dan Ukraine dalam kumpulan D.
INFO PASUKAN ENGLAND
Ditubuhkan semenjak: Tahun 1863
Gelaran: Three Lions
Jurulatih / Pengurus: Roy Hodgson
Pemain Tumpuan: Wayne Rooney, Theo Walcott, Steven Gerrard dan Frank Lampard
Penjaring terbanyak: Bobby Charlton (49 gol), Semasa - Michael Owen (40 gol)
Penampilan terbanyak: Peter Shilton (125), Semasa - David Beckham (115)
Pusingan Kelayakan Euro 2012: Juara Kumpulan G
Play off: Turkey 0-3, 0-0 Croatia (3-0 agg)
Penjaring terbanyak: Darrent Bent, Jermain Defoe, Wayne Rooney dan Ashley Young (4 gol)