Tottenham berjuang pintas Arsenal

May 9th 2010 | Posted by Berita EPL

PENGURUS Tottenham, Harry Redknapp akur ia memerlukan keajaiban buat pasukannya untuk melonjak mengatasi Arsenal dan mengesahkan penamat tempat ketiga Liga Perdana Inggeris, malam ini.

Pasukan Redknapp susah mengesahkan tempat keempat dan kelayakan Liga Juara-juara Eropah yang mengiringinya, selepas menewaskan Manchester City 1-0, Rabu lalu.

Tetapi mereka masih boleh mendapat tempat automatik ke peringkat kumpulan kejohanan elit Eropah seandainya meraih kemenangan di Burnley diiringi kekalahan buat Arsenal menentang Fulham.

Namun, Fulham dijangka akan menurunkan pasukan lemah menentang Gunners ketika berdepan Atletico Madrid dalam final Liga Europa di Hamburg, Rabu ini.

Redknapp tiada masalah dengan Fulham menumpukan terhadap pertembungan Liga Europa, sungguh pun ia memberi laluan mudah buat Arsenal.

Related Posts

Liverpool benam Burnley 4-0

KETUA pasukan, Steven Gerrard menjaringkan dua gol ketika membantu Liverpool menang 4-0 ke atas Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Turf Moor lewat malam ini. Sekali pun menang besar, peluang The Reds untuk memburu slot Liga Juara Eropah musim depan masih belum pasti apatah lagi kejayaan Aston Villa yang turut berjaya mengutip tiga mata [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.