Joe Hart selamatkan City dari kekalahan

August 15th 2010 | Posted by Berita EPL

JOE Hart menyelamatkan beberapa percubaan bertaraf dunia untuk membantu pasukan yang berbelanja besar, Manchester City membawa pulang satu mata di White Hart Lane apabila mengikat Tottenham 0-0 dalam aksi pembukaan Liga Perdana England, semalam.

Penjaga gol England itu, yang tersenarai dalam kesebelasan utama mengenepikan penjaga gol No.1, Shay Given menyelamatkan percubaan Jermain Defoe, Tom Huddlestone dan Benoit Assou-Ekotto pada aksi separuh masa pertama yang dikuasai oleh Spurs.

City, yang sudah berbelanja lebih 100 juta pound (RM490 juta) setakat ini untuk membeli nama-nama besar, termasuk penyerang Inter Milan, Mario Balotelli bagaimanapun jarang mengancam penjaga gol Spurs, Heurelho Gomes.

Aksi separuh masa pertama memperlihatkan tuan rumah mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol, namun ketangkasan penjaga gol, City, Hart menafikan pasukan bimbingan Harry Redknapp itu untuk berada di depan.

Pada minit keenam, Hart bertindak tangkas apabila menepis tandukan Peter Crouch selepas menerima hantaran lintang daripada Gareth Bale. Dia sekali lagi menyelamatkan keadaan lima minit kemudian selepas menolak sepakan akrobatik Defoe.

Pengurus City, Roberto Mancini wajar memilih Hart sebagai penjaga gol utamanya musim ini jika prestasinya semalam menjadi ukuran. Hart turut menafikan rembatan lencong dari jarak jauh yang dilakukan pertahanan Spurs, Assou-Ekotto pada minit ke-18.

Spurs turut gagal mendapatkan gol pada minit ke-31 apabila percubaan leret Bale dari dalam kotak petak penalti terkena tiang, sebelum rembatan susulan oleh Aaronn Lennon berjaya dihalang pertahanan City, Vincent Kompany.

Satu lagi peluang keemasan Spurs hadir apabila rembatan Defoe pada minit ke-33 melantun antara Hart dan Kolo Toure sebelum bergolek melepasi penjaga gol itu namun Defoe gagal melakukan rembatan susulan tatkala diberi tekanan oleh pertahanan City.

City mula menunjukkan peningkatan pada babak kedua, di mana peluang terbaik hadir pada minit ke-51 apabila sepakan lambung Yaya Toure menuju ke arah David Silva, namun pemain Sepanyol itu gagal mencari penyudah.

Selepas buntu mencari gol, Redknapp menggantikan Defoe dan Crouch dengan Roman Pavlyuchenko dan Robbie Keane, namun ia masih tidak menghasilkan sebarang gol.

Related Posts

Permulaan hebat Drogba

PENYERANG Chelsea, Didier Drogba menjaringkan hatrik untuk membantu juara bertahan itu menewaskan West Bromwich Albion 6-0 pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris, kelmarin. Florent Malouda meletakkan Chelsea di hadapan sebelum Drogba menyudahkan sepakan percuma dan jaringan dari jarak dekat untuk menjadi penjaring keenam terbanyak [...]

Drogba penjaring terbanyak EPL 2009/2010

HATRIK Didier Drogba ketika membantu Chelsea mencatat kemenangan terakhir menentang Wigan Athletic 8-0 di Stamford Bridge bukan saja membantu The Blues menjulang gelaran EPL bahkan membolehkannya memenangi kasut emas selaku penjaring terbanyak musim ini. Drogba menjaringkan gol pada minit ke-63, 68 dan 80 seterusnya berjaya mengenepikan [...]

Fernando Torres mesin gol terbaik Liverpool

KETIKA impian Liverpool untuk mencabar kejuaraan kelihatan sudah berakhir, penyerangnya Fernando Torres memasang impian peribadi untuk memecahkan rekod di Anfield. Pemain kelahiran Sepanyol itu sudah melakar sejarah awal di Anfield dengan kehebatannya menjaringkan gol demi gol buat pasukan Merseyside itu. Gol kemenangan dramatik pada lewat [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.