Hodgson tidak letak sasaran tinggi

August 15th 2010 | Posted by Berita EPL

BELUM pun kempen liga bermula, pengurus baru Liverpool, Roy Hodgson sudah mengangkat ‘bendera putih’ dengan menegaskan, dia tidak menjangkakan skuad Reds akan mencabar kejuaraan Liga Perdana England musim ini kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk memperkemaskan pasukan barunya.

Hodgson bakal menerima kunjungan Arsenal di Anfield hari ini, iaitu perlawanan Liga Perdana pertamanya bersama Liverpool selepas menggantikan Rafael Benitez selepas tamat hujung musim lalu.

Kehadiran Joe Cole ditambah dengan peralihan pengurusan kelab daripada pemilik kontroversi, Tom Hicks dan George Gillet telah menaikkan harapan bahawa Liverpool mampu menjadi pesaing utama kejuaraan bermula dengan mengalahkan Arsenal.

Bagaimanapun, Hodgson dengan sikapnya yang suka berterus terang berfikiran sebaliknya.

“Selepas mengharungi tujuh sesi latihan bersama pemain, saya melihat pasukan ini masih jauh jika dibandingkan dengan pasukan utama lain seperti Manchester United, Arsenal dan Chelsea.

“Saya tidak mahu bersikap hipokrit dengan mengatakan selepas hanya menjalani enam atau tujuh latihan bersama Liverpool, ia sudah cukup untuk menjadikan kami sebuah pasukan yang dimahukan.

“Ia sesuatu yang mengarut untuk mengatakan pasukan ini boleh berada di puncak permainan mengikut cara saya,” kata Hodgson.

Pengurus kelahiran England itu perlu membuat keputusan sama ada mahu menurunkan pemain tengah, Javier Mascherano dalam perlawanan pertama menentang barisan Arsene Wenger setelah pemain Argentina itu berkeras untuk meninggalkan kelab Merseyside itu.

Inter Milan sebelum ini disebut-sebut mahu mendapatkan kapten Argentina itu atas permintaan Benitez.

Namun Hodgson menegaskan Mascherano tidak akan ke mana-mana.

Related Posts

Liverpool terlepas 3 mata

KESILAPAN penjaga gol Liverpool, Pepe Reina pada minit akhir perlawanan membolehkan Arsenal membawa pulang satu mata berharga selepas mengikat The Reds 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, sebentar tadi. Pasukan tuan rumah memulakan aksi selepas rehat dengan 10 pemain apabila bekas pemain sayap Chelsea, Joe Cole dilayang kad [...]

Chelsea hampiri gelaran EPL

CHELSEA memberi perkhabaran buruk buat peminat Manchester United apabila merakam kemenangan penting Liga Perdana Inggeris malam ini selepas menewaskan musuh ketat dan penghalang utama kejuaraan liga, Liverpool 2-0 di Anfield. Dua gol pada setiap babak menerusi Didier Drogba minit ke-33 dan Frank Lampard minit ke-54 memastikan skuad The Blues [...]

Kesilapan Gerrard beri kelebihan buat Chelsea

UPDATE: Perlawanan tamat. Chelsea menang 2-0 ke atas Liverpool di Anfield. Tekanan kini kembali terarah ke atas Manchester United yang wajib menang dalam perlawanan menentang Sunderland di tempat lawan jam 11 malam nanti. Jika Manchester United tewas perlawanan ini, gelaran liga secara automatik menjadi milik Chelsea. LAPORAN PENUH PERLAWANAN [...]

Liverpool benam Burnley 4-0

KETUA pasukan, Steven Gerrard menjaringkan dua gol ketika membantu Liverpool menang 4-0 ke atas Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Turf Moor lewat malam ini. Sekali pun menang besar, peluang The Reds untuk memburu slot Liga Juara Eropah musim depan masih belum pasti apatah lagi kejayaan Aston Villa yang turut berjaya mengutip tiga mata [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.