Chelsea hampiri gelaran EPL

May 2nd 2010 | Posted by Berita EPL

CHELSEA memberi perkhabaran buruk buat peminat Manchester United apabila merakam kemenangan penting Liga Perdana Inggeris malam ini selepas menewaskan musuh ketat dan penghalang utama kejuaraan liga, Liverpool 2-0 di Anfield.

Dua gol pada setiap babak menerusi Didier Drogba minit ke-33 dan Frank Lampard minit ke-54 memastikan skuad The Blues kukuh memimpin carta liga dengan kelebihan empat mata ke atas pesaing terdekatnya, Manchester United.

Ini bermakna Manchester United menghadapi misi wajib menang dalam aksi menentang Sunderland di tempat lawan, kira-kira jam 11 malam ini.

Jika tewas, bermakna anak buah Alex Ferguson secara automatik bakal menyerahkan mahkota kejuaraan yang mereka menangi selama tiga musim berturut-turut.

Bagaimanapun jika United mampu mengatasi Sunderland, Chelsea masih kekal di tangga teratas dan kejuaraan EPL bakal ditentukan pada perlawanan terakhir 9 Mei nanti (Ahad).

Related Posts

Permulaan hebat Drogba

PENYERANG Chelsea, Didier Drogba menjaringkan hatrik untuk membantu juara bertahan itu menewaskan West Bromwich Albion 6-0 pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris, kelmarin. Florent Malouda meletakkan Chelsea di hadapan sebelum Drogba menyudahkan sepakan percuma dan jaringan dari jarak dekat untuk menjadi penjaring keenam terbanyak [...]

Chelsea bermula garang

Didier Drogba catat hatrik JUARA bertahan, Chelsea memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan bergaya apabila menundukkan West Bromwich Albion 6-0 pada perlawanan sulung musim ini di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Chelsea bermula garang dengan memperoleh gol seawal minit ke-6 menerusi rembatan Florent [...]

Man U laung amaran awal buat Chelsea

MANCHESTER United tampak bukan tandingan buat Chelsea apabila gah merakamkan kemenangan selesa 3-1 untuk menjulang trofi Perisai Komuniti di Stadium Wembley, malam tadi. Anak didik Sir Alex Ferguson yang derita pada penghujung musim lalu selepas tewas kepada The Blues dalam perebutan Liga Perdana Inggeris kini menggariskan kesungguhan mereka [...]

Perisai Komuniti: MU tewaskan Chelsea 3-1

MANCHESTER United memulakan saingan musim baru Liga Perdana England dengan penuh bergaya. [LAGI LAPORAN] Skuad bimbingan Alex Ferguson itu menjuarai Piala Perisai Komuniti selepas menewaskan juara bertahan, Chelsea 3-1 di Stadium Wembley malam tadi. Jaringan Antonio Valencia pada minit ke-41, Javier Hernandez (76) dan Dimitar Berbatov (90) [...]

Drogba penjaring terbanyak EPL 2009/2010

HATRIK Didier Drogba ketika membantu Chelsea mencatat kemenangan terakhir menentang Wigan Athletic 8-0 di Stamford Bridge bukan saja membantu The Blues menjulang gelaran EPL bahkan membolehkannya memenangi kasut emas selaku penjaring terbanyak musim ini. Drogba menjaringkan gol pada minit ke-63, 68 dan 80 seterusnya berjaya mengenepikan [...]

One Response to “Chelsea hampiri gelaran EPL”

[...] UPDATE: Perlawanan tamat. Chelsea menang 2-0 ke atas Liverpool di Anfield. Tekanan kini kembali terarah ke atas Manchester United yang wajib menang dalam perlawanan menentang Sunderland di tempat lawan jam 11 malam nanti. Jika Manchester United tewas perlawanan ini, gelaran liga secara automatik menjadi milik Chelsea. LAPORAN PENUH PERLAWANAN LIVERPOOL-CHELSEA [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.