Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM

Menang 5 kategori Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010

REPUTASI juara Piala Malaysia 2010, Kelantan sebagai kuasa baru bola sepak tanah air semakin kukuh apabila mendominasi lima daripada sepuluh kategori Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010 di Petaling Jaya Hilton, tengah hari tadi.

LIHAT SENARAI PENUH PEMENANG (KLIK)

Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha paling mencuri tumpuan selepas dinobatkan Pemain Paling Bernilai 2010 selain turut merangkul penyerang terbaik menewaskan pencabar terdekat yang merupakan penjaring gol terbanyak Liga Super, Mohamad Ashaari Samsudin dari Terengganu.

Anak jati Besut, Terengganu itu berjaya meraih RM 3,000 selaku Pemain Paling Bernilai dan RM500 untuk kategori penyerang terbaik selain menerima trofi daripada 100Plus selaku penaja utama.

Selain Norshahrul, Kelantan turut berbangga apabila penjaga golnya, Khairul Fahmi Che Mat diangkat sebagai pemenang dalam dua kategori iaitu penjaga gol terbaik dan pemain muda terbaik.

Mastermind Kelantan, B Sathianathan melengkapkan penguasaan skuad The Red Warriors selepas dinobatkan sebagai jurulatih terbaik mengatasi K Devan, E Elavarasan, Gary Phillip dan Ahmad Yusoff.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, Pengarah Urusan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd, James Teo dan Naib Presiden FAM, Datuk Seri Hamidin Mohd Amin.

Bagi memastikan hanya pemain terbaik dipertimbangkan untuk anugerah tersebut tahun ini, sebuah panel pemilihan terdiri daripada jurulatih kebangsaan, ahli Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai calon.

Senarai calon itu kemudian diedarkan kepada semua jurulatih dan ketua pasukan dalam Liga Super dan Liga Perdana untuk membuat pilihan masing-masing bagi anugerah itu.




Related posts

coded by nessus

Main topics: Bola Sepak Malaysia

Sub topics: , , , ,


Readers Comments (0)