SU Agong FAM juga wajar diheret ke J/K Disiplin
JIKA peraturan FAM menetapkan hanya Presiden yang mempunyai kuasa memberi komen berkenaan skuad kebangsaan, maka Jawatankuasa Disipiln badan induk bola sepak negara itu juga perlu memanggil Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad kerana mengkritik kegagalan skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee pada saingan kelayakan Olimpik.
Azzuddin dilaporkan mengkritik skuad kendalian Ong Kim Swee apabila menamatkan saingan Kelayakan Olimpik 2012 tanpa mengutip sebarang mata.
Azzuddin berkata beliau kecewa dengan kegagalan itu ketika menjawab soalan wartawan Astro Arena pada 16 Mac lalu.
Ia jelas memberi pukulan kepada Azzuddin, kerana kenyataan itu jelas melanggar peraturan FAM itu apabila mengeluarkan kenyataan terbuka mengkritik skuad kebangsaan.
Jika didapati bersalah, beliau boleh dipecat kerana jawatan Setiausaha Agung hanyalah lantikan dan bukan pemilihan pada kongres badan induk itu.
Fokus kini tertumpu kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Taufik Abdul Razak. Apakah beliau akan mengeluarkan kertas pertuduhan ke atas Azzuddin? Integriti beliau diperhatikan pemerhati serta peminat sukan bola sepak tempatan.
FAM sebelum ini menuntut Timbalan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa supaya memberi maklum balas terhadap kritikannya sebelum Jumaat ini dan Jawatankuasa Disiplin FAM akan menilai maklum balas itu sebelum dipanggil berdepan jawatankuasa itu pada 29 Mac ini.
Annuar didakwa melanggar peraturan FAM selepas menyatakan keraguannya terhadap kemampuan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF 2012 pada hujung tahun ini berikutan prestasi hambar skuad kebangsaan dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa.
Mengikut peraturan yang ditetapkan FAM sebagaimana dinyataka, hanya Presiden yang mempunyai kuasa memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.
Kelmarin Annuar Musa berkata: “SU Agong dah buat kenyataan media nampaknya dan saya harap dia tidak dibawa ke Jawatankuasa Disiplin kerana membuat kenyataan media.
“Setahu saya Exco FAM tidak pernah memberi kebenaran kepadanya (Azzuddin) membuat kenyataan akhbar.. Apa lagi mendedahkan detail pertuduhan sebelum ianya sampai kepada saya,”
March 20, 2012 - 6:46 pm
Kalau betul-betul telus, harap FAM bukti kan lah. Jangan pilih bulu. Tak kira bulu ketiak atau bulu betis….kalau buat salah….harus dicukur!.
March 21, 2012 - 12:07 am
dah la oii….FAM mmg bangang pun.
March 21, 2012 - 12:35 am
salam.. pendapat sy, ni la satu2nya persatuan bola yg xkesah sgt pasal bola tp lebih nk jaga benda lain dari bola. pendapat harus dibenarkan walaupun berbeza. apa guna duduk dlm persatuan tp xleh nk bg pendapat.. kelakar betul bila seorg timb presiden bola bg komen pasal bola tp kena surat tunjuk sebab.. malang betul la klu betul beliau kena tindakan sbb beliau mencetus satu fenomena baru dlm bola malaysia yg da suram sekian lama.. alahai.. baru nk maju da nk kena cantas, mcmana ni???
March 21, 2012 - 12:58 am
memang begitulah nasib bola d Msia. bukan nk menaikkan maruah bola sepak tp nk menjaga bulu ketiak masing2. macam mana nak maju kalau bagi pendapat dan teguran pun x boleh… cuba fikir2, TSAM lah yang mencetuskan fenomena baru bola sepak malaysia. Judin (Datuk Azuddin) tu buat apa selama menjadi SU Agong.. nama je SU Agong, tp selalu mencari kesalahan orang lain. Judin tu x layak jadi SU FAM, baik jadi kuli batok je lah… Kita fikir-fikirkan lah.
March 21, 2012 - 6:23 am
azudin tukang kipas….
March 21, 2012 - 7:01 pm
aku rasa kalau nak maju bolasepak negera setiausa azuddin haru di keluarkan dari FAM..banyak kes berlaluu sebab dia….
March 21, 2012 - 7:08 pm
Sultan bola turun!!!
March 21, 2012 - 7:15 pm
Punca sebenar kebangangan FAM ialah tampuknya. Takkan korang semua tak nampak lagi?
April 10, 2012 - 8:56 am
Bakpe r tok laki aku jadi gini.. malu hamba..
May 5, 2012 - 10:48 pm
Datuk Taufik Tan Sri Abdul Razak
Tindakan kamu memang melampau….!!! Laknat punya tua…ikut bontot anak Sultan tu…
Bodoh punya Sultan….ingat nak untung saja